Sunday, September 22, 2013

10 Jenis Manusia Kejam

Assalamualaikum wbt..Agak lama saya tak update blog nie.Saya agak sibuk sikit.Alhamdulillah hari nie ada masa terluang sikit dapat la share something.Apa khabar iman kita hari nie?InshaAllah lebih baik dari semalam.
Kita hidup dekat dunia nie masing-masing dengan ragam tersendiri.Ada rajin,ada yang malas,ada yang sabar,ada yang kurang sabar,ada yang baik dan ada yang kejam..Kejam??
Jangan zalimi diri anda sendiri..
Yes!!Kalau kita tanya pendapat orang tentang kejam masing-masing dengan opinion tersendiri.

  "Bagi saya kejam tu mementingkan diri sendiri"

  "Kejam tu suka menyusahkan orang lain"

  "Kejam tu suka memusnahkan kesenangan orang lain"

Macam-macam la.Tapi bagi seorang wali Allah iaitu Sufyan Ats Tsauri yang ada wide experiences hasil pergaulan dengan masyarakat yang berbagai tabiat dia sebutkan ada 10 jenis manusia yang kejam di dunia nie..


  • Berdoa hanya untuk dirinya sahaja.Anak-anak dan kaum muslimin yang lain langsung dia tidak doakan.
  • Pandai baca AlQuran tapi 10 ayat dalam sehari pun tidak mampu dibaca.Dia gunakan kepandaiannya membaca AlQuran hanya untuk jadi feymes.AlQuran dirumah pula dibiarkan berhabuk.Nauzubillah..
  • Masuk dalam masjid tapi tidak solat sunat Tahiyatul masjid.
  • Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika melalui kawasan perkuburan.Cukuplah dengan sedekah Al Fatihah sekurang-kurangnya dapat membantu ahli kubur dari seksaan kubur yang dahsyat.Same time dapat ingatkan diri kita juga yang bakal masuk kubur satu hari nanti.
  • Tidak solat Jumaat pada hari jumaat.Yang ini kaum Adam kena take note sebab kalau tinggalkan solat jumaat 3x berturut-turut sudah dikira sebagai kafir.Nak ke kita??Nauzubillah..
  • Tidak pergi menuntut ilmu apabila alim ulama datang ke daerahnya.Sedangkan wajib keatas orang Islam untuk menuntut ilmu hingga ke liang lahad.Sampaikan ke liang lahad pun ilmu kita tak pernah akan cukup.
  • Tidak bertanya nama seseorang ketika bertemu di jalanan.Senyum pun tidak apalagi nak tanya nama.Lagi la tidak..
  • Tidak datang apabila dijemput ke sesuatu majlis.Sikap macam nie boleh menimbulkan buruk sangka orang lain.Sewajarnya kita elakkan orang buat dosa  disebabkan kita kecuali kalau memang darurat sangat tak boleh datang tak apa la.
  • Pemuda yang tidak mahu bekerja dan belajar.Suka duduk-duduk buang masa kira melepak la nie.Kalau belajar atau bekerja sekurang-kurangnya selesai juga masalah pengangguran.
  • Dia kenyang tapi jirannya kelaparan.Dia tahu jirannya ada financial problem tapi dia buat derk ja.Tak nak bagi makanan sikit pun.Nauzubillah..
Actually ada juga perkara diatas tu yang saya lakukan(yang no.3 tu)..InshaAllah saya cuba muhasabah diri balik kalau boleh saya tak nak la jadi kejam.How bout u??..مع السلامة..^_^

Thursday, September 5, 2013

Who's Our Secret Admirer?

Assalamualaikum wbt..
Masa dekat sekolah dulu kalau dapat surat dalam laci meja heboh satu kelas.

  "Eh,macam kamu ada secret admirer"

Apalagi yang empunya diri yang dapat surat misteri tu pun malu-malu kucing la,dalam hati tak keruan tertanya-tanya siapa la agaknya yang minat dekat dia.Esoknya tak sabar-sabar nak pergi sekolah.Mana tahu ada surat misteri lagi..
Feel bila ada peminat rahsia nie dia lain kan.Mereka-mereka yang pernah ada peminat rahsia tu mesti tahu feeling dia macam mana.Tapi main point dekat sini siapa sebenarnya secret admirer kita yang sebenar-benarnya??
Allah swt berfirman maksudnya..

  "Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan mengetahui apa yang kamu rahsia dan apa yang kamu nyatakan.Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati"

                                                                                                   Surah At-Taghabun:4

Dari surah di atas anda dah dapat detect who's our real secret admirer?....
Yes!!Allah lah secret admirer kita yang sebenar-benarnya.Setiap detik setiap saat,minit,jam,hari,minggu,bulan,tahun dan selama-lamanya Allah tetap perhatikan kita.Macam secret admirer la.Kalau kita minat dekat seseorang tu kalau boleh kita nak perhati dia ja 24-7 kan..
Sewaktu Jibril datang jumpa Rasulullah saw,baginda tanya tentang ihsan.Jibril jelaskan bahawa ihsan ialah beramal dan merasakan seolah-olah kita nampak Tuhan,kalau tidak pun rasa bahawa Tuhan melihat kita.Macam nie boleh timbulkan rasa takut nak buat kemungkaran kan.
Samalah juga keadaan nie macam kalau kita ada secret admirer.Hari-hari nak kontrol ayu,tudung kena tegang kena tiup angin pun maintain macam tu ja,kalau boleh everything nak perfect la.
Fear of Allah can control your attitude..
Ada lagi satu cerita pasal 1 orang murid dan kawan-kawannya yang kena uji oleh Tok Guru diorang untuk tengok sejauh mana kefahaman diorang terhadap ajaran selama tu.Setiap dari mereka diberi 1 ekor ayam dan pisau yang tajam untuk sembelih ayam tu dimana-mana sahaja asalkan tak dilihat oleh sesiapa pun.
Jadi diorang pun berpecahlah cari port masing-masing kecuali 1 orang murid tadi yang dia tak tahu nak pergi mana.Kemudian murid-murid yang lain pun pulang la dengan ayam yang dah kena sembelih kecuali murid tadi.Bila kena tanya sebab,dia pun bagi la alasan yang dia tak dapat nak sembelih ayam tu sebab dia rasakan Allah sentiasa mengawasi dan melihatnya dimana-mana sahaja sedangkan syarat Tok Gurunya tadi supaya tak dilihat oleh sesiapa pun.Last-last murid tu juga yang dipilih jadi pelajar terbaik sebab pengawasannya terhadap Allah begitu tinggi.
Pendek kata,kena sentiasa refer everything dengan Allah supaya kita dapat rasa yang Allah sentiasa perhatikan kita.Kalau kita tak dapat rasa diawasi oleh Allah that mean hati kita dah mati.Nauzubillah.Sebab mereka yang hatinya hidup iaitu orang-orang yang beriman dan bertaqwa dapat lihat dengan mata hati mereka dan nampak perkara ghaib yang tak dapat dilihat oleh orang lain.Macam mana kita nak tahu orang tu beriman dan bertaqwa Allah nampakkan kebersihan batin mereka melalui air muka yang jernih dan seolah-olah tidak resah even ada masalah.Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan yang hatinya telah mati.Amin..مع السلامة..^_^

Wednesday, September 4, 2013

Beware Of This Cute Creature!!

Assalamualaikum wbt..
Beberapa hari lepas kucing saya Moon mati.Sedih memang sedih bila kita dah sayang sangat-sangat sekelip mata dia dah tak ada depan mata kita lagi main-main..Nasib baik la kucing dekat rumah nie banyak.Berbelas-belas ekor..hehe..
Cakap pasal kucing nie tadi masa saya tengah surf internet tengok la youtube pasal kucing.Tiba-tiba saya ternampak satu video nie ya Allah memang kejam.Tersangatlah kejam.Saya pun tak tahu la apa nak jadi dengan manusia sekarang nie.Tak ada belas kasihan langsung.Kalau ya pun tak suka dengan kucing jangan la sampai buat macam nie.Cuba anda tengok sendiri la apa yang tak kena dengan orang nie.Mungkin something wrong kot dekat kepala dia sampai sanggup buat macam nie sekali..

Dari Abdullah r.a katanya,Rasulullah saw bersabda..

  "Seorang perempuan diseksa kerana seekor kucing,dikurungnya sampai mati,lalu kerananya dia masuk neraka.Tidak diberinya makan dan tidak diberinya minum.Ketika dikurungnya tidak dibiarkannya lepas untuk dapat memakan serangga di bumi.."

Saya pun agak konfius dengan manusia yang macam nie.Kucing makhluk Allah yang sangat-sangat comel pun diorang sanggup pukul.Rasulullah pun suka kucing tau.Kucing pun ada nyawa.Diorang pun nak hidup juga.Jadi kita sebagai manusia yang ada akal fikiran sepatutnya sayang dengan makhluk-makhluk Allah yang lain yang tak dikurniakan akal macam kita nie.Saya rasa orang yang sanggup buat benda macam nie lebih sesuai tinggal sorang-sorang.Tak payah bergaul dengan makhluk lain..Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada golongan-golongan nie..مع السلامة..^_^
MUST LOVE CATS!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...