Sunday, September 22, 2013

10 Jenis Manusia Kejam

Assalamualaikum wbt..Agak lama saya tak update blog nie.Saya agak sibuk sikit.Alhamdulillah hari nie ada masa terluang sikit dapat la share something.Apa khabar iman kita hari nie?InshaAllah lebih baik dari semalam.
Kita hidup dekat dunia nie masing-masing dengan ragam tersendiri.Ada rajin,ada yang malas,ada yang sabar,ada yang kurang sabar,ada yang baik dan ada yang kejam..Kejam??
Jangan zalimi diri anda sendiri..
Yes!!Kalau kita tanya pendapat orang tentang kejam masing-masing dengan opinion tersendiri.

  "Bagi saya kejam tu mementingkan diri sendiri"

  "Kejam tu suka menyusahkan orang lain"

  "Kejam tu suka memusnahkan kesenangan orang lain"

Macam-macam la.Tapi bagi seorang wali Allah iaitu Sufyan Ats Tsauri yang ada wide experiences hasil pergaulan dengan masyarakat yang berbagai tabiat dia sebutkan ada 10 jenis manusia yang kejam di dunia nie..


  • Berdoa hanya untuk dirinya sahaja.Anak-anak dan kaum muslimin yang lain langsung dia tidak doakan.
  • Pandai baca AlQuran tapi 10 ayat dalam sehari pun tidak mampu dibaca.Dia gunakan kepandaiannya membaca AlQuran hanya untuk jadi feymes.AlQuran dirumah pula dibiarkan berhabuk.Nauzubillah..
  • Masuk dalam masjid tapi tidak solat sunat Tahiyatul masjid.
  • Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika melalui kawasan perkuburan.Cukuplah dengan sedekah Al Fatihah sekurang-kurangnya dapat membantu ahli kubur dari seksaan kubur yang dahsyat.Same time dapat ingatkan diri kita juga yang bakal masuk kubur satu hari nanti.
  • Tidak solat Jumaat pada hari jumaat.Yang ini kaum Adam kena take note sebab kalau tinggalkan solat jumaat 3x berturut-turut sudah dikira sebagai kafir.Nak ke kita??Nauzubillah..
  • Tidak pergi menuntut ilmu apabila alim ulama datang ke daerahnya.Sedangkan wajib keatas orang Islam untuk menuntut ilmu hingga ke liang lahad.Sampaikan ke liang lahad pun ilmu kita tak pernah akan cukup.
  • Tidak bertanya nama seseorang ketika bertemu di jalanan.Senyum pun tidak apalagi nak tanya nama.Lagi la tidak..
  • Tidak datang apabila dijemput ke sesuatu majlis.Sikap macam nie boleh menimbulkan buruk sangka orang lain.Sewajarnya kita elakkan orang buat dosa  disebabkan kita kecuali kalau memang darurat sangat tak boleh datang tak apa la.
  • Pemuda yang tidak mahu bekerja dan belajar.Suka duduk-duduk buang masa kira melepak la nie.Kalau belajar atau bekerja sekurang-kurangnya selesai juga masalah pengangguran.
  • Dia kenyang tapi jirannya kelaparan.Dia tahu jirannya ada financial problem tapi dia buat derk ja.Tak nak bagi makanan sikit pun.Nauzubillah..
Actually ada juga perkara diatas tu yang saya lakukan(yang no.3 tu)..InshaAllah saya cuba muhasabah diri balik kalau boleh saya tak nak la jadi kejam.How bout u??..مع السلامة..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...