Thursday, September 5, 2013

Who's Our Secret Admirer?

Assalamualaikum wbt..
Masa dekat sekolah dulu kalau dapat surat dalam laci meja heboh satu kelas.

  "Eh,macam kamu ada secret admirer"

Apalagi yang empunya diri yang dapat surat misteri tu pun malu-malu kucing la,dalam hati tak keruan tertanya-tanya siapa la agaknya yang minat dekat dia.Esoknya tak sabar-sabar nak pergi sekolah.Mana tahu ada surat misteri lagi..
Feel bila ada peminat rahsia nie dia lain kan.Mereka-mereka yang pernah ada peminat rahsia tu mesti tahu feeling dia macam mana.Tapi main point dekat sini siapa sebenarnya secret admirer kita yang sebenar-benarnya??
Allah swt berfirman maksudnya..

  "Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan mengetahui apa yang kamu rahsia dan apa yang kamu nyatakan.Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati"

                                                                                                   Surah At-Taghabun:4

Dari surah di atas anda dah dapat detect who's our real secret admirer?....
Yes!!Allah lah secret admirer kita yang sebenar-benarnya.Setiap detik setiap saat,minit,jam,hari,minggu,bulan,tahun dan selama-lamanya Allah tetap perhatikan kita.Macam secret admirer la.Kalau kita minat dekat seseorang tu kalau boleh kita nak perhati dia ja 24-7 kan..
Sewaktu Jibril datang jumpa Rasulullah saw,baginda tanya tentang ihsan.Jibril jelaskan bahawa ihsan ialah beramal dan merasakan seolah-olah kita nampak Tuhan,kalau tidak pun rasa bahawa Tuhan melihat kita.Macam nie boleh timbulkan rasa takut nak buat kemungkaran kan.
Samalah juga keadaan nie macam kalau kita ada secret admirer.Hari-hari nak kontrol ayu,tudung kena tegang kena tiup angin pun maintain macam tu ja,kalau boleh everything nak perfect la.
Fear of Allah can control your attitude..
Ada lagi satu cerita pasal 1 orang murid dan kawan-kawannya yang kena uji oleh Tok Guru diorang untuk tengok sejauh mana kefahaman diorang terhadap ajaran selama tu.Setiap dari mereka diberi 1 ekor ayam dan pisau yang tajam untuk sembelih ayam tu dimana-mana sahaja asalkan tak dilihat oleh sesiapa pun.
Jadi diorang pun berpecahlah cari port masing-masing kecuali 1 orang murid tadi yang dia tak tahu nak pergi mana.Kemudian murid-murid yang lain pun pulang la dengan ayam yang dah kena sembelih kecuali murid tadi.Bila kena tanya sebab,dia pun bagi la alasan yang dia tak dapat nak sembelih ayam tu sebab dia rasakan Allah sentiasa mengawasi dan melihatnya dimana-mana sahaja sedangkan syarat Tok Gurunya tadi supaya tak dilihat oleh sesiapa pun.Last-last murid tu juga yang dipilih jadi pelajar terbaik sebab pengawasannya terhadap Allah begitu tinggi.
Pendek kata,kena sentiasa refer everything dengan Allah supaya kita dapat rasa yang Allah sentiasa perhatikan kita.Kalau kita tak dapat rasa diawasi oleh Allah that mean hati kita dah mati.Nauzubillah.Sebab mereka yang hatinya hidup iaitu orang-orang yang beriman dan bertaqwa dapat lihat dengan mata hati mereka dan nampak perkara ghaib yang tak dapat dilihat oleh orang lain.Macam mana kita nak tahu orang tu beriman dan bertaqwa Allah nampakkan kebersihan batin mereka melalui air muka yang jernih dan seolah-olah tidak resah even ada masalah.Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan yang hatinya telah mati.Amin..مع السلامة..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...