Sunday, September 22, 2013

10 Jenis Manusia Kejam

Assalamualaikum wbt..Agak lama saya tak update blog nie.Saya agak sibuk sikit.Alhamdulillah hari nie ada masa terluang sikit dapat la share something.Apa khabar iman kita hari nie?InshaAllah lebih baik dari semalam.
Kita hidup dekat dunia nie masing-masing dengan ragam tersendiri.Ada rajin,ada yang malas,ada yang sabar,ada yang kurang sabar,ada yang baik dan ada yang kejam..Kejam??
Jangan zalimi diri anda sendiri..
Yes!!Kalau kita tanya pendapat orang tentang kejam masing-masing dengan opinion tersendiri.

  "Bagi saya kejam tu mementingkan diri sendiri"

  "Kejam tu suka menyusahkan orang lain"

  "Kejam tu suka memusnahkan kesenangan orang lain"

Macam-macam la.Tapi bagi seorang wali Allah iaitu Sufyan Ats Tsauri yang ada wide experiences hasil pergaulan dengan masyarakat yang berbagai tabiat dia sebutkan ada 10 jenis manusia yang kejam di dunia nie..


  • Berdoa hanya untuk dirinya sahaja.Anak-anak dan kaum muslimin yang lain langsung dia tidak doakan.
  • Pandai baca AlQuran tapi 10 ayat dalam sehari pun tidak mampu dibaca.Dia gunakan kepandaiannya membaca AlQuran hanya untuk jadi feymes.AlQuran dirumah pula dibiarkan berhabuk.Nauzubillah..
  • Masuk dalam masjid tapi tidak solat sunat Tahiyatul masjid.
  • Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika melalui kawasan perkuburan.Cukuplah dengan sedekah Al Fatihah sekurang-kurangnya dapat membantu ahli kubur dari seksaan kubur yang dahsyat.Same time dapat ingatkan diri kita juga yang bakal masuk kubur satu hari nanti.
  • Tidak solat Jumaat pada hari jumaat.Yang ini kaum Adam kena take note sebab kalau tinggalkan solat jumaat 3x berturut-turut sudah dikira sebagai kafir.Nak ke kita??Nauzubillah..
  • Tidak pergi menuntut ilmu apabila alim ulama datang ke daerahnya.Sedangkan wajib keatas orang Islam untuk menuntut ilmu hingga ke liang lahad.Sampaikan ke liang lahad pun ilmu kita tak pernah akan cukup.
  • Tidak bertanya nama seseorang ketika bertemu di jalanan.Senyum pun tidak apalagi nak tanya nama.Lagi la tidak..
  • Tidak datang apabila dijemput ke sesuatu majlis.Sikap macam nie boleh menimbulkan buruk sangka orang lain.Sewajarnya kita elakkan orang buat dosa  disebabkan kita kecuali kalau memang darurat sangat tak boleh datang tak apa la.
  • Pemuda yang tidak mahu bekerja dan belajar.Suka duduk-duduk buang masa kira melepak la nie.Kalau belajar atau bekerja sekurang-kurangnya selesai juga masalah pengangguran.
  • Dia kenyang tapi jirannya kelaparan.Dia tahu jirannya ada financial problem tapi dia buat derk ja.Tak nak bagi makanan sikit pun.Nauzubillah..
Actually ada juga perkara diatas tu yang saya lakukan(yang no.3 tu)..InshaAllah saya cuba muhasabah diri balik kalau boleh saya tak nak la jadi kejam.How bout u??..مع السلامة..^_^

Thursday, September 5, 2013

Who's Our Secret Admirer?

Assalamualaikum wbt..
Masa dekat sekolah dulu kalau dapat surat dalam laci meja heboh satu kelas.

  "Eh,macam kamu ada secret admirer"

Apalagi yang empunya diri yang dapat surat misteri tu pun malu-malu kucing la,dalam hati tak keruan tertanya-tanya siapa la agaknya yang minat dekat dia.Esoknya tak sabar-sabar nak pergi sekolah.Mana tahu ada surat misteri lagi..
Feel bila ada peminat rahsia nie dia lain kan.Mereka-mereka yang pernah ada peminat rahsia tu mesti tahu feeling dia macam mana.Tapi main point dekat sini siapa sebenarnya secret admirer kita yang sebenar-benarnya??
Allah swt berfirman maksudnya..

  "Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan mengetahui apa yang kamu rahsia dan apa yang kamu nyatakan.Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati"

                                                                                                   Surah At-Taghabun:4

Dari surah di atas anda dah dapat detect who's our real secret admirer?....
Yes!!Allah lah secret admirer kita yang sebenar-benarnya.Setiap detik setiap saat,minit,jam,hari,minggu,bulan,tahun dan selama-lamanya Allah tetap perhatikan kita.Macam secret admirer la.Kalau kita minat dekat seseorang tu kalau boleh kita nak perhati dia ja 24-7 kan..
Sewaktu Jibril datang jumpa Rasulullah saw,baginda tanya tentang ihsan.Jibril jelaskan bahawa ihsan ialah beramal dan merasakan seolah-olah kita nampak Tuhan,kalau tidak pun rasa bahawa Tuhan melihat kita.Macam nie boleh timbulkan rasa takut nak buat kemungkaran kan.
Samalah juga keadaan nie macam kalau kita ada secret admirer.Hari-hari nak kontrol ayu,tudung kena tegang kena tiup angin pun maintain macam tu ja,kalau boleh everything nak perfect la.
Fear of Allah can control your attitude..
Ada lagi satu cerita pasal 1 orang murid dan kawan-kawannya yang kena uji oleh Tok Guru diorang untuk tengok sejauh mana kefahaman diorang terhadap ajaran selama tu.Setiap dari mereka diberi 1 ekor ayam dan pisau yang tajam untuk sembelih ayam tu dimana-mana sahaja asalkan tak dilihat oleh sesiapa pun.
Jadi diorang pun berpecahlah cari port masing-masing kecuali 1 orang murid tadi yang dia tak tahu nak pergi mana.Kemudian murid-murid yang lain pun pulang la dengan ayam yang dah kena sembelih kecuali murid tadi.Bila kena tanya sebab,dia pun bagi la alasan yang dia tak dapat nak sembelih ayam tu sebab dia rasakan Allah sentiasa mengawasi dan melihatnya dimana-mana sahaja sedangkan syarat Tok Gurunya tadi supaya tak dilihat oleh sesiapa pun.Last-last murid tu juga yang dipilih jadi pelajar terbaik sebab pengawasannya terhadap Allah begitu tinggi.
Pendek kata,kena sentiasa refer everything dengan Allah supaya kita dapat rasa yang Allah sentiasa perhatikan kita.Kalau kita tak dapat rasa diawasi oleh Allah that mean hati kita dah mati.Nauzubillah.Sebab mereka yang hatinya hidup iaitu orang-orang yang beriman dan bertaqwa dapat lihat dengan mata hati mereka dan nampak perkara ghaib yang tak dapat dilihat oleh orang lain.Macam mana kita nak tahu orang tu beriman dan bertaqwa Allah nampakkan kebersihan batin mereka melalui air muka yang jernih dan seolah-olah tidak resah even ada masalah.Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan yang hatinya telah mati.Amin..مع السلامة..^_^

Wednesday, September 4, 2013

Beware Of This Cute Creature!!

Assalamualaikum wbt..
Beberapa hari lepas kucing saya Moon mati.Sedih memang sedih bila kita dah sayang sangat-sangat sekelip mata dia dah tak ada depan mata kita lagi main-main..Nasib baik la kucing dekat rumah nie banyak.Berbelas-belas ekor..hehe..
Cakap pasal kucing nie tadi masa saya tengah surf internet tengok la youtube pasal kucing.Tiba-tiba saya ternampak satu video nie ya Allah memang kejam.Tersangatlah kejam.Saya pun tak tahu la apa nak jadi dengan manusia sekarang nie.Tak ada belas kasihan langsung.Kalau ya pun tak suka dengan kucing jangan la sampai buat macam nie.Cuba anda tengok sendiri la apa yang tak kena dengan orang nie.Mungkin something wrong kot dekat kepala dia sampai sanggup buat macam nie sekali..

Dari Abdullah r.a katanya,Rasulullah saw bersabda..

  "Seorang perempuan diseksa kerana seekor kucing,dikurungnya sampai mati,lalu kerananya dia masuk neraka.Tidak diberinya makan dan tidak diberinya minum.Ketika dikurungnya tidak dibiarkannya lepas untuk dapat memakan serangga di bumi.."

Saya pun agak konfius dengan manusia yang macam nie.Kucing makhluk Allah yang sangat-sangat comel pun diorang sanggup pukul.Rasulullah pun suka kucing tau.Kucing pun ada nyawa.Diorang pun nak hidup juga.Jadi kita sebagai manusia yang ada akal fikiran sepatutnya sayang dengan makhluk-makhluk Allah yang lain yang tak dikurniakan akal macam kita nie.Saya rasa orang yang sanggup buat benda macam nie lebih sesuai tinggal sorang-sorang.Tak payah bergaul dengan makhluk lain..Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada golongan-golongan nie..مع السلامة..^_^
MUST LOVE CATS!!

Friday, August 30, 2013

~Taiko Putar Belit~

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar?..Hurm..Nampaknya hari nie banyak betul yang tak kena dengan masyarakat Islam kita kan.Tapi saya bukan nak mengumpat tapi sekadar renungan kita bersama.Mudah-mudahan kita dapat ambil iktibar la..
Jadilah seperti padi semakin tinggi semakin tunduk..
Zaman sekarang nie orang tak suka kena tegur.Kena tegur cara berjenaka kalau tak habis kita dikutuk,dimaki dan macam-macam lagi la yang sama spesies dengan mengutuk nie.Sebab kalau cara berjenaka nie kalau kena tamparan dekat muka tak la sakit sangat.Ye dak??..hehe..
Tapi yang saya tahu kalau kena tampar nie macam mana pun tetap sakit juga kan..
Banyak yang tak betul sekarang nie bukan apa sebab tak tahu dah yang mana hak dan yang mana batil.Syariat kata dedahkan aurat tu haram dan berdosa hukumnya.Mereka jawab..

  "Orang Arab pun tak tutup aurat.."

Sampai ke situ jawapannya.Orang arab tu arab lah.Orang arab tak semestinya Islam dan Islam tak semestinya arab.Kan?
Hah!!Kalau kita cakap pasal putar belit pula siapa yang paling taiko?..Anda rasa??..
Tak lain tak bukan orang Yahudi la yang paling bijak.Ada satu kisah yang saya baca dalam buku agama kisahnya macam nie.Saya rasa anda pun pernah dengar juga cerita nie..
Pada satu hari Allah perintahkan orang Yahudi jangan tangkap ikan pada hari sabtu.Sebab hari tu hari untuk diorang sembahyang.Nie kisah dulu-dulu ya.Sebelum kedatangan Islam.Kebetulan pada hari sabtu tu pula banyak ikan yang keluar,sampai nampak ekor ikan tu mengelibat.Orang-orang Yahudi nie pun terujilah bila nampak rezeki banyak macam tu depan mata..
Jadi orang Yahudi pun carilah jalan nak tipu Allah.Mereka pun pasang lukah hari sabtu tu dan ikannya mereka ambil pada hari Ahad.Diorang sangka yang Allah tak tahu niat mereka.Allah Maha Mengetahui.Maklumlah orang Yahudi nie selfish.Hal orang lain dia tak fikir.Sampaikan Allah pun mereka nak tipu.Allah lagi bijak atur mereka.
Allah is the best planner kan..Last-last Allah tukar diorang jadi beruk!!
Sebab orang Yahudi malu rupa mereka pada waktu tu macam beruk jadi diorang cakap la yang semua manusia nie asalnya dari beruk.Dari situ la mulanya teori Darwin.Bukan macam yang digembar-gemburkan macam dalam buku Biologi tu.hehe..
Allah buat macam tu sebab diorang main-mainkan Allah.Kalau cerita nie dapat jadi iktibar pada orang-orang yang suka cari jalan nak tipu Allah nie of coz tak berani buat macam tu lagi.Tapi orang yang berani tipu Allah nie tak ada rasa takut lagi.Cerita-cerita dalam AlQuran dia rasa macam dongeng fairytale ja.Sebab tu bagi mereka dedah aurat tak apa,sentuh lelaki perempuan tak salah,tinggal solat tak apa dan banyak lagi la..
Neraka tu azab yang paling dahsyat.
INGAT  TAU!!Sama-sama kita muhasabah diri balik.InshaAllah..مع السلامة..^_^

Saturday, August 24, 2013

~Teknik Mudah Tumpaskan Musuh^_^~

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulilllah..Mari kita together2 jadikan tahmid satu amalan ya setiap kali kita selesai buat sesuatu even lepas selesai melabur saham dekat toilet..
Entri kali nie saya nak share teknik mudah nak tumpaskan musuh dengan cara yang paling mudah.Tak perlu blackbelt dalam taekwando,tak perlu ada rocket launcher,tak perlu guna M16,tak perlu ada bom mortar dan everything yang macam tu la yang boleh rosakkan dunia.Nak tau??..Kena baca entri nie sampai habis tau..hehe..
Sebenarnya kalau nak tumpaskan musuh senjata yang paling kita perlukan adalah Allah.Kita kena sentiasa ingat dengan Allah.Sebab our number 1 enemy siapa lagi?.Tak lain dan tak bukan Syaitan and The Gang la kan..
And nie kena take note sangat-sangat.Boleh dikatakan kalau kita mengantuk kita mesti menguap kalau menguap mesti mengantuk.Kalau menguap kena tutup mulut jangan biar terlopong besar-besar macam Gua Niah dah sekali tengok.
Rasulullah saw telah bersabda maksudnya..

  "Apabila menguap sesorang daripada kamu maka hendaklah dia menutup mulutnya dengan tangan,kerana syaitan akan masuk dari mulut yang terbuka itu"

Sebab bila syaitan dah masuk dalam mulut that mean syaitan dah masuk dalam badan kita.Bercampurlah syaitan dengan darah kita yang turun naik sebab tu kadang-kadang kita sabar kadang-kadang tak boleh bersabar langsung.
Licikkan syaitan nie.Masuk senyap-senyap dalam badan kita guna badan kita buat benda-benda yang tak patut.Dia pakai mata kita tengok benda-benda maksiat,guna telinga kita dengar benda-benda yang tak elok,guna mulut minum dan makan benda-benda haram,guna tangan dan kaki kita pergi tempat-tempat maksiat.Kita selalu lupa musuh kita yang satu nie.Kita sibuk bermusuhan sesama sendiri sedangkan musuh yang utama bukan lagi berada di luar tapi dah masuk dalam lambung kita sendiri.
Oleh tu kita minta banyak-banyak kepada Allah.Minta perlindungan dari syaitan yang direjam nie.Kita ingat Allah,Allah pasti ingat dengan kita.So,anda semua dah sedia?..Jom kita tumpaskan syaitan dan sekutu-sekutunya..مع السلامة..^_^

Friday, August 23, 2013

~You Want Everything?Forget It..~

Assalamualaikum wbt..
Hari nie hati saya tak cukup tenang nak buat daily routine macam selalu.Kenapa??
Tak tenang bila my kazen a.k.a teman tapi mesra saya beberapa hari lalu cakap yang dia takut sebab gangster dekat Pinang nak mob war dengan polis.Dia cakap beberapa orang polis ada yang kena tembak.Puncanya sebab polis ada tembak kawan diorang nie.
Yala..Polis just do their job kan.So yang gangster nie kenapa tetap tak sedar dan tetap nak jadi gangster juga??..
Sedangkan diorang tahu yang kerja diorang tu sangat-sangat tidak diredhai.Kazen saya nie sekarang memang tak cukup ketenangan sebab takut kena tembak..
Bila dah macam nie saya teringat pula satu artikel yang saya baca dalam satu magazine Islamik pasal tragedi di selatan semenanjung.Tragedi orang yang datang serang Balai Polis Batu Pahat sebab tindakan polis yang sekat ajaran yang diorang kembangkan khabarnya ajaran sesat..
Senjata yang diorang guna masa tu parang and pedang dah macam panglima perang dah.Diorang tetak and serang anggota polis tanpa belas kasihan langsung.Yang paling sadis lagi salah seorang anggota polis wanita yang kerja disitu pada hari tu.
Bila dia dengar orang dah huru hara dia pun keluar dari pejabat dan tengok apa yang jadi nie.Bila dia nampak golongan asing yang menyerang dia pun for sure takut la dan menyorok belakang almari.Ada 1 penyerang nampak dan cari dia.Tapi bila tengok tak ada siapa-siapa dalam pejabat orang tu pun keluar.Polis wanita tadi bila dah dengar suasana tenang balik,dia yakin la yang penyerang tu dah chow dari situ.Dia pun keluar tiba-tiba muncul salah seorang dari penyerang tu dengan pedang yang shiny-shiny gitu nak tunjuk yang pedang dia tu teramat la tajam.Dia begging kat penyerang tu supaya jangan apa-apakan dia tapi penyerang tu terus tetak polis wanita tu menyebabkan tangan kanannya putus.Lepas tu dia pengsan..
Dia sedar beberapa hari lepas tu dan bila dia buka mata dia nampak family dia.Dia tahulah yang dia sekarang di hospital.
Beberapa hari lepas tu dia beransur pulih dan tak putus asa berusaha belajar menulis dengan tangan kiri sebab dia nak kerja balik di pejabat polis.Ayat pertama yang dia tulis atas kertas..

  Kita tidak akan dapat perolehi semua yang kita mahu..

Kalau boleh dalam hidup nie macam-macam kita mahu.Kalau kita mahu jadi orang yang paling kaya kita mahu cita-cita tu tercapai.Kalau kita nak kahwin dengan orang tu kita nak juga cita-cita tu tercapai.Tapi sebenarnya mustahil dalam hidup nie we get what we want..
Allah memang dah jadikan semua di dunia nie ada kekurangan..Nobody's perfect..Kenapa??
Supaya kita sedar yang kita nie sangat-sangat lemah.Supaya kita sedar kita ditadbir dan bukan mentadbir.
Kalaupun seseorang tu dapat jadi orang paling kaya didunia sekalipun mesti ada satu sudut kehidupannya yang kurang.Mungkin jiwanya lonely-lonely gitu.Ataupun tak dapat ketenangan.Kalau pun dapat capai kepandaian sampai jadi prof yang teorinya dikagumi orang tapi di sudut yang lain mungkin dia tidak pandai memimpin ataupun kureng sikit dari paras rupa..
Tapi kalau kita faham hakikat yang not everything you want you can get it, kita pasti akan jadi orang yang bersyukur dan sentiasa cukup dengan apa yang ada.MasyaAllah..Ingatlah kita manusia yang lemah Allah juga Paling Berkuasa..مع السلامة..^_^

Thursday, August 22, 2013

~Kita Ramai Tapi Kenapa Lemah??~

Assalamualaikum wbt..
Hari nie Mesir masih bergolak.Sedih tengok saudara-saudara kita yang masih kecil nangis sana sini,takut,tak tenteram.Kalau tengok keadaan dunia sekarang hidup umat Islam ditindas,dihina tak kira la jumlah umat Islam di negara tu banyak ataupun sikit.
Kalau kita rujuk nilai yang dijamin oleh Allah dalam Surah Al-Anfal ayat 65,20 orang Islam dapat mengatasi kekuatan 200 orang Kafir.Tapi kenapa umat Islam masih lemah dan tak dapat membangun sebaliknya jadi pelarian dan ditindas sana sini??
Dont you remember that we ever conquer 2/3 of this world??
Actually keadaan umat Islam sekarang nie Nabi saw sudah sebut sejak dulu lagi yang umat Islam nie akan dipecah-pecahkan oleh musuh.Biarpun jumlah yang ramai tapi umat Islam macam buih,lemah dan tiada kekuatan.Kenapa??.....
Sebab terlalu cintakan dunia dan takut mati.
Ya Allah..save us from both of this..
Inilah main reason kenapa kita tetap lemah.Bukan sebab umat Islam minoriti,kurang senjata,miskin atau tak ada harta.Sebab kalau tengok sekarang nie umat Islam especially di negara-negara Timur Tengah,umat Islam yang paling kaya tapi kenapa Israel yang kecil tak dapat dikalahkan??..
Jadi kita kena build balik kekuatan kita.Kekuatan umat Islam terletak pada TAQWA sedang umat bukan Islam terletak pada kekuatan zahir sahaja..
Got taqwa??as soon as we follow the path of taqwa,we found the way out^_^
Jadi untuk tambahkan keyakinan kita rujuk balik Surah AnNisaa ayat 141..

  "Allah sekali-kali tidak akan memberi peluang kepada kafir mengatasi orang yang beriman.."

Jadi apa yang perlu kita ragukan lagi??..Janji Allah itu pasti tak macam janji manusia yang susah sangat nak ditepati..مع السلامة..^_^

Wednesday, August 21, 2013

~Siapa Ego?~

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua?Saya alhamdulillah sihat sahaja hari nie..
Sebenarnya kadang-kadang timbul perasaan takut dalam hati saya bila share something yang related dengan bab-bab agama nie.Saya takut riak tu conquer hati saya.Takut cetusan niat saya kerana orang lain dianggap riak..Riak nie berpunca dari ego.Jadi entri kali nie saya nak share pasal ego^_^..
Your ego is your soul's worst enemy..
Orang yang ego nie kita boleh kenal dari sikap dan tindakannya,riak wajah,body language,cara dia pandang dan renung rakannya,cara duduk,cara berjalan,cara berdiri dan banyak lagi la..
Tanda-tanda orang yang ego yang dapat kita tengok dalam diri someone menurut Imam Al Ghazali...

  • Suka dan senang hati bila orang bagi dia penghormatan,orang berdiri bila dia datang sesuatu event anytime anywhere la.
  • Tak suka berjalan kecuali ada pengiring di belakangnya.Ala..Macam dalam cerita korea kalau orang kaya yang ada company besar mesti ada pengiring dekat belakang tu.
Abu Darda sifatkan orang yang suka diiring masa berjalan nie orang yang semakin bertambah jauh dari Allah.Nak ke kita??..
  • Tak suka ziarah orang lain walaupun dia tahu ziarah orang tu dapat pahala.Sebab dia rasa sepatutnya orang lain la yang datang ziarah.Kalau pun dia ada hajat dengan someone dia suruh orang tu yang datang ke rumahnya.
  • Tak suka orang duduk dekat dengannya kecuali orang tu duduk berdepan dengannya.Sebab dia rasa kalau duduk bersebelahan dengannya dianggap sama taraf dengannya.
  • Tak suka duduk dengan orang yang sakit teruk.Sentiasa jauh-jauh diri mereka-mereka yang ada sakit teruk.
  • Tak suka buat kerja rumah sendiri.Semua kerja rumah yang dia mampu buat pun dia suruh tukang gaji atau isteri yang buat.Sebab dia rasa dia kan ketua keluarga jadi kerja-kerja rumah nie tak layak la dia pula yang buat.
Sedangkan Rasulullah orang yang mulia daripada segala makhluk pun selalu tolong isteri potong daging,menjahit dan cuci baju lagi..
Macam Umar Abdul Aziz,Khalifah Bani Umaiyah pernah 1 hari tu masa dia tengah menulis,lampu pelitanya nak padam sebab minyak dah nak habis.Kebetulan masa tu ada tetamu yang datang ke rumahnya.Bila tetamu tu nampak lampu yang nak mati tu tetamu tu pun cakap la..
  
  "Boleh aku tolong betulkan lampu tu?.."

Umar Abdul Aziz jawab..

  "Orang yang jadikan tetamunya sebagai pelayan tidak akan beroleh kemuliaan"

Tetamu tu tanya lagi..

  "Boleh aku bangunkan budak pelayan kamu?"

Umar Abdul Aziz jawab lagi..

  "Budak tu baru tidur.Jangan ganggu."

Umar Abdul Aziz kemudian bangun dan ambil botol minyak dan dia sendiri yang isi minyak lampu tu.Tetamu tu terkejut sebab dia tak sangka Khalifah Umar yang ada pembantu sanggup buat kerja tu sendiri.Dengan nada hairan tetamu tu pun tanya la..

  "Engkau lakukan sendiri kerja nie Amirul Mukminin?"

Umar Abdul Aziz pun jawab..

  "Aku pergi ke situ aku tetap Umar,aku kembali ke tempat aku ini pun aku tetap juga Umar.Sebaik-baik manusia disisi Allah ialah orang yang merendah diri."

  • Tak sanggup dan rasa harga dirinya jatuh kalau dia bawa barangnya sendiri masuk ke dalam rumah.Dia lagi suka kalau suruh orang lain padahal dia mampu pun nak bawa barang-barangnya tu.
Sayidina Ali ketika jadi Amirul Mukminin dia pergi pasar dan beli daging sendiri.Sahabat lain yang nampak cuba untuk tolong Sayidina Ali angkat daging tu tapi Sayidina Ali tidak benarkan dan cakap..

  "Kepala keluarga itu lebih berhak membawa."

  • Rasa rendah diri kalau pakai baju murah macam baju bundle,tak cantik,fesyen not up to date dan yang sewaktu dengannya la.
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya..

  "Barangsiapa meninggalkan perhiasan kerana merendah diri kepada Allah dan mencari keredhaanNya,berhak keatas Allah menyimpan permaidani untuknya di syurga"

                                                      ~Hadis riwayat Abu Said Al Malini dan Abu Naim dari Ibnu Abbas~
Islam is the religion of peace and mercy..^_^

Tapi doesn't mean yang kita tak boleh pakai cantik-cantik,boleh tapi bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk dan menyombongkan diri kepada orang.Ingatlah Islam agama yang lengkap.Biarpun zaman berubah tapi ajaran Islam tak pernah ketinggalan zaman..مع السلامة..^_^..إلي اللقاء..

Monday, August 19, 2013

~Apologize..~

Assalamualaikum wbt..
Entri nie saya tak kongsi apa-apa..Cuma saya nak mohon kemaafan kepada follower saya Fadly Abidin kalau selama saling mengenali saya ada terkasar bahasa mahupun tersinggung di mana-mana..Saya susun sepuluh jari saya yang Allah jadikan sempurna nie nak mohon maaf..Sebenarnya saya ada terkasar sikit dengan dia sejak beberapa hari nie..Jadi saya amat-amat mengharapkan agar dia memafkan saya..Biasa la saya pun manusia biasa juga..Selalu buat kesilapan kan..
Kita kan kawan..Tak baik simpan perasaan marah lama-lama..Nanti dalam diam terbakar habis rentung pula..Jadi redakan kemarahan dengan memaafkan orang lain meskipun kesalahan yang dia buat tu besar..Setuju tak?..
Hehe..Apa-apa pun semoga jalinan ukhuwah antara kita semua tidak la terputus begitu sahaja.Ukhuwah Islamiah sesuatu yang indah..مع السلامة..^_^

~Resipi Cuci Dosa~

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..Pagi nie saya agak bersemangat sikit..Sikit la..hehe..Kenapa?..
Ya la..Saya bangun awal dan solat subuh awal pastu dapat update blog awal..Semuanya awal..Cuma yang merisaukan saya amalan-amalan saya selama nie cukupkah untuk kaver dosa-dosa yang saya dah buat.Saya takut Allah tarik nyawa saya dengan keadaan diri yang amalan pun belum cukup banyak lagi.Tapi serius bila kita dikuasai kena kontrol dengan perasaan marah tiba-tiba datang pula satu keberanian..berani mati..Sebelum nie takut pula nak mati.
 

  "Kalau macam nie lebih baik aku mati."

Memang ayat nie selalu terpacul keluar dari mulut.Tak sabar-sabar dia nak keluar.Tak ikut traffic light.Astaghfirullah..Ish..Ish..Ish..
Dulu masa kecil-kecil ayat nie memang dah jadi trademark kalau mak marah saya bila bergaduh dengan adik.Lebih-lebih lagi kalau adik saya yang kena backup.Makin sakit hati.Tapi tu dulu la..Masa kecik-kecik..Sekarang nie tak lagi..hehe..
Tapi kalau masa kecik-kecik dulu cakap macam tu tak apa la..Allah tarik nyawa pun kita masih suci lagi dari dosa..Ye dak?..
Jadi sebenarnya entri kali nie kita cakap pasal resepi cuci dosa la..Mesti la kita nak cuci dosa kan..Hah siap ada resipi lagi..
A recipe has no soul.As the cook you must bring soul to the recipe^_^

  • Firstly kena sediakan bahan-bahan dia la kan.Ambil akar kayu faqir dengan akar kayu tawaduk lepas tu campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
  • Lepas tu masukkan semua tadi dalam lesung redha.Tumbuk sampai halus dengan batu qana'ah.
  • Lepas tu masukkan dalam periuk taqwa dan tuangkan air haya'(malu) kedalamnya.
  • Kemudian didihkan dengan api mahabbah(cinta).
  • Lepas dah mendidih pindahkan ke dalam mangkuk syukur dan sejukkan guna kipas angin Roja'(harapan).
  • Kemudian boleh la dihidang dan minum dengan sudu pujian..
Amacam?Nampak macam sedap kan..InshaAllah kalau kita ikut langkah-langkah memasak resipi cuci dosa nie kita dapat manfaat untuk melindungi diri kita daripada semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat.Ingat!!Punca semua penyakit adalah dari perut..Jadi mari kita sama-sama jaga pemakanan dan ikut menu sihat Rasulullah..InshaAllah kalau ada kelapangan saya kongsi pula tentang menu harian Nabi kita..مع السلامة..^_^

Saturday, August 17, 2013

~Pada Subuh Yang Hening..~

Assalamualaikum wbt..
Hehe..apa la saya nie..subuh-subuh pun sempat lagi nak update blog..Actually saya free sekarang.Nothing to do so apa kata saya merapu sekejap.Boleh kan?Of coz la boleh.Nie blog ko kan..
Saya terbangun tadi.Sebab tidur awal.Bila tidur awal bangunnya pun mesti la awal kan..Alhamdulillah..Dapat juga tahajud tadi..^_^..Lepas tahajud ingatkan nak tidur balik..Apalagi terus landing atas katil...........................
...


Huhu..Tak dapat tidur.Mata still berkelip-kelip.Terus capai laptop and then hah..nie la sekarang nie tangan tengah ligat taip itu ini..Sori sangat-sangat entry kali nie saya tak kongsi apa-apa info..:'(
Apa kata saya kongsi satu cerita..nak?..

Ok..Sebenarnya disebabkan tabiat saya yang selalu terbangun tengah malam nie membuatkan rakan saya ingatkan saya ada insomnia..hahahaha..Dia ingat saya tak tidur sepanjang malam.Sedangkan saya memang selalu tidur awal kalau tak ada yang nak dibuat la.Hah..Dia memang selalu mesej saya tengah-tengah malam.Jadi of coz saya akan ter'reply' mesej dia..hehe..Sampai naik risau dia dengan jadual tidur saya yang dia kata tak teratur.Tapi bagi saya tidur tak perlu la berabis sangat.Kurang tidur pun tak bagus.Terlebih tidur pun tak bagus juga.Boleh buat badan lemas.Setuju tak??..Angkat kaki kalau setuju^_^
Ikut macam si comel kita nie..>_<Put your legs up..haha..
Ok la..Agaknya sudah tiba masa saya mengundurkan diri..Aiseyman..Formal la pula..Macam tulis surat karangan Surat tidak rasmi..Sediakan sepucuk surat untuk sahabat kamu yang berada di kampung..hehe..Nie dah terlebih merapu dah nie..Bah..Terima Kasih sebab sudi baca omelan saya di subuh yang hening nie..مع السلامة..^_^

Psst..i'm with +Wiya Hassim +humaira girlish +beng nh +Mea Fabula +Khairul Asrol +Liverpool FC

Friday, August 16, 2013

~Miskin?So What??~

Assalamualaikum wbt..
Entry kali nie bukan bertujuan untuk menyinggung hati mana-mana pihak tetapi untuk berkongsi something dan mengajar kita untuk redha menerima Qada' dan Qadar Allah..

  "Saya orang miskin bukan macam kamu.Bapa kamu guru.Senang la sikit hidup jika dibandingkan dengan saya nie."

Pernah seorang rakan berkata sedemikian kepada saya.Guru pun manusia biasa juga.Kadang-kadang pernah juga hadapi financial problem.Siapa kata guru tak ada financial problem??
Bila rakan tadi cakap macam tu terdetik dalam hati saya yang dia seolah-olah tidak redha dengan ketentuan Allah.Kemiskinan bukan masalah atau kehinaan tau.Kalau kita ditakdirkan hidup miskin,bersyukurlah sebab terpilih untuk mengikuti salah satu cara hidup Nabi.Tak nak ke ikut cara hidup Nabi?..
Sebenarnya Allah rindu nak bercakap dengan kita sebab tu ada ujian..
Biar miskin harta jangan miskin pahala.Orang miskin nie banyak kelebihannya tau.Allah takdirkan kita hidup miskin sebab Allah tahu yang kita mampu hadapi ujian kemiskinan tu.Kalau kita dapat hadapi ujian kemiskinan tu dengan sabar kita memang sangat-sangat beruntung..
Beruntunglah sebab tak payah urus harta kekayaan yang mana silap hari bulan kita tak dapat berlaku adil dengan harta pinjaman Allah tu.Bila harta dah didepan mata kita pun lupa yang semua tu bukan kita yang punya.Hanya pinjaman sahaja.Jadi kalau dah namanya pinjam kenalah buat cara orang meminjam..Kan..Kan..Kan..
Bila kita miskin kita bebas dari tipuan-tipuan dunia yang sering berpunca dari harta.Dunia nie penuh dengan tipu daya.Ditambah lagi dengan campur tangan orang ke'tiga' memang bertambah-tambah lah lagi penipuan dan fitnah dunia nie.Hanya Iman sahaja penyelamat kita dari dunia penuh pancaroba.
Di Akhirat nanti hisab ke atas orang miskin pun kurang.Memang best jadi orang miskin nie.Tak payah la risau pasal hal dunia pasal macam mana nak guna duit yang bertimbun-timbun.Biar pun di dunia kita sengsara tapi di akhirat nanati ada chance lagi nak masuk syurga lebih dahulu sebab orang miskin tak lama nak dihisab.
Kadang-kadang kita bertanya dan mengadu pada Allah kenapalah kita miskin.Sebagai orang miskin yang bertaqwa kita kena sabar dan redha dengan kesusahan yang ditanggung sebab kemiskinan kita di dunia adalah sebagai penghapus dosa-dosa kita dan peningkatan darjat di sisi Allah swt..Jadi don't worry to be poor..Live Your life macam blog title kawan kita nie http://ainaarlini.blogspot.com..hehe..مع السلامة..^_^
Be Who You Want To Be>_<
Kalau nak tahu macam mana Nabi hadapi kesulitan hidup kena dapatkan buku nie di kedai-kedai buku yang terpilih..

~Tips:Wujudkan 'Thrill' Membaca~

Assalamualaikum wbt..^_^
Huh..Penat membaca?Boring?Isi buku tak best?Ayat-ayat macam nie memang sinonim la dengan student.Saya pun bukan pihak yang berkecuali.Baru buka buku beberapa minit dah menguap.Berpesta sakan nampaknya Syaitan&The Geng sambil menari tango lagi bila tengok orang menguap lebih-lebih lagi kalau buka mulut luas-luas sambil ada bunyi lagi sampai 3-6 ekor lalat sempat masuk.Bila dah selalu macam tu asal membaca ja menguap,asal menguap ja membaca nampaknya kena do something la.Tak kan kita nak syaitan terus-terusan ketawakan kita.Ye dak?..hehe..
why this always happen??
Kalau kita dah kuasai teknik membaca yang tepat inshaAllah membaca boleh jadi hiburan dan satu addiction kepada kita tau.Contonya blog reader..Hah..nie memang ketagihan yang sangat ketara la.Tak baca buku tapi suka baca blog.Kira ok la.Sebab banyak blog yang kongsi info-info yang berguna sekarang.Saya cakap berdasarkan kepada pengalaman.Bukan memandai-mandai^_^..hehe..
Kalau saya katakan Imam Syafie boleh baca AlQuran 3 kali khatam dalam 1 hari anda terkejut tak?Yang lebih hebat lagi para sahabat boleh khatam AlQuran 1 malam 3 kali.Fuh..Hebat tu!!Yang lagi-lagi hebat kita pun boleh buat macam tu juga kalau ikut 3 teknik membaca yang saya senaraikan nanti.Nak tau??Sila baca entry nie sampai habis..Baca lagi??..Yes!!You need to read..
Have all this ok!!
First and foremost,kena baca dengan niat dan perlu ada strong boost..hehe..dorongan kena kuat.Apa niat anda ketika membaca?Nak dapat manfaat daripada hasil pembacaan atau saja nak tunjuk kat orang yang kita pun baca buku juga la.Para sahabat baca Quran sebab nak dapat manfaat.Nak dapat syafaat di akhirat nanti.Itulah dorongan mereka untuk terus membaca dengan penuh khusyuk.So kita pula?Kalau niat kita tak kuat kita cepat penat bila start membaca nanti.Tak cukup stamina.Membaca pun boleh jadi ibadah tau.Jangan anggap membaca tu sia-sia sahaja biarpun buku yang kita baca tu Kisah Sang Kancil dan Buaya..
Ayat AlQuran yang pertama diturunkan pun bermula dengan perkataan'اقرا'ertinya 'bacalah'.Bayangkan la betapa pentingnya membaca hingga Allah jadikannya sebagai anjuran pertama untuk berkomunikasi dengan umat Nabi Muhammad saw.Kalau niat dah jelas,dorongan pun kuat ertinya kita dah tahulah mengapa dan kenapa kita membaca.Kita tak kan jemu kalau tahu apa yang nak dicari.Mata dan fikiran kena jadi'scanner'cari apa yang kita nak tahu.Bila jumpa mesti kita akan beralih ke page yang seterusnya kan untuk cari lebih lagi.
Remember!!Correct your intention..
Secondly,try untuk faham and not to remember.Don't you ever remember without understand it.Tak rugi pun kalau kita cuba untuk faham tanpa cuba untuk ingat.Sebab bila kita dah faham automatically kita akan ingat apa yang kita dah baca.Jangan la susah hati kalau anda tak yakin mampukah nak ingat semula apa yang dibaca tapi mesti susah hati kalau tak faham apa yang sedang dibaca.Nie yang bahaya nie.Bila macam nie la yang membuatkan kita blank terutamanya bila nak jawab exam.Macam mana tak blank kalau otak pun dah konfius sebab banyak sangat yang kena ingat..
Fahamkan tau..Itu yang paling penting..^_^
Thirdly,sambil baca terus fikir..Kadang-kadang orang tanya macam nak faham yang kita baca?Jawabnya bacalah dengan berfikir.Kalau tak faham ulang balik perenggan atau ayat sebelumnya.Baca semula dengan fikiran.Mungkin tadi anda berkhayal bukan berfikir.Tu la ramai pembaca terutamanya pelajar ambil masa yang lama untuk study tapi tak dapat apa-apa.Kadang-kadang tidur sampai lewat malam tapi page yang dibaca tu tak pandai beralih muka surat.Tu juga yang dihadap berjam-jam.Kenapa?Mungkin kita menghafal atau berkhayal sebab tu satu apa pun tak dapat masuk sebab angan-angan Mat Jenin dah penuh dalam kepala macam mana lagi nak muat apa yang dah dibaca.Saya selalu juga macam nie..
Think about it..Don't stop thinking^_^
Jangan kelam kabut nak pindah page baru kalau belum faham isi muka surat yang sebelumnya.Kalau buat macam nie percayalah bukan mempercepatkan tapi melambatkan.Ya la..Sebab bila tak faham apa yang dibaca kat page sebelumnya konfem akan selak balik page tu sampai beratus kali.Tak ke lambat namanya tu?..
Hah!!Macam mana pula sambil membaca nak berfikir?..
Kalau nak menggerakkan otak kita semasa membaca better guna pen atau highlight atau pen kaler-kaler untuk garis keywords yang penting.Nie semua untuk bantu kita faham perenggan tu dengan lebih mudah la.Dalam usaha menggaris ayat tu la sebenarnya kita sedang berfikir tanpa sedar.Tapi ingat!!Jangan garis atau tanda hanya sebab kita disuruh berbuat sedemikian.Tengok-tengok semua ayat kena highlight.Jadi mana satu yang penting??
Buku yang baik biasanya disusun macam mata rantai.Kalau putus mata rantai sebelumnya susah la nak sambung dengan mata rantai selepasnya.Kalau banyak sangat mata rantai yang putus,ternyata buku tu berat sangat untuk kita.Jadi dapatkan bantuan dari someone yang dapat fahamkan kita.Nie biasa terjadi.1 perkara yang dibaca berulang kali dalam jangka masa yang lama only take a few minute untuk difahami dengan bantuan orang yang lebih expert.
There is no friend as loyal as a book..
So,macam blog saya nie juga kalau anda rasa penat nak baca,boring,entry blog tak best try la teknik yang saya list kan tadi.hehe..inshaAllah membantu.Semuanya depend on you..مع السلامة..^_^

Thursday, August 15, 2013

~Mereka Dalang Segala-Galanya!!~

Assalamualaikum wbt..
Hari nie saya tak buat apa-apa sebab tu ada masa nak update blog.Alhamdulillah boleh la kita kongsi-kongsi lagi hari nie.Hehe..
Ok la.Kita balik la dengan entry saya hari nie pasal bongkar-bongkar.Saya memang suka bongkar something lebih-lebih lagi untuk kepentingan kita bersama.Jom kita bongkar kegiatan sulit yahudi!!
There is nothing can be hidden from Allah The Almighty..
Sebenarnya selain daripada Taurat,ada satu lagi kitab Yahudi lain yang dinamakan Talmud.Kitab nie dijadikan asas kegiatan sulit Yahudi yang content dia semuanya mengandungi kebencian dan penghinaan kepada bangsa-bangsa lain selain Yahudi.Teruk kan..Antara ajaran dalam kitab Talmud nie..


  • Hubungan orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi.Setiap orang Yahudi mesti halang orang bukan Yahudi daripada memiliki tanah supaya diorang ja yang conquer semuanya.
  • Supaya orang Yahudi dapat memerintah,mereka kena cetuskan peperangan antara bangsa-bangsa,sepertiga daripada dunia hendaklah dimusnahkan.Orang Yahudi akan dibangkitkan selama 7 tahun dan mereka akan bakar senjata yang diperolehi lepas dapat kemenangan.
  • Sekiranya orang Yahudi tidak wujud,keberkatan antara bangsa-bangsa akan lenyap..#ye la tu..
  • Orang-orang asing yang bukan orang Yahudi adalah seperti anjing-anjing.Orang Yahudi yang ikhlas harus bagi makanan kepada anjing-anjing.Orang Yahudi yang tidak ikhlas tidak harus bagi makanan daging kepada orang bukan Yahudi sebab anjing-anjing lebih baik daripada orang bukan Yahudi.Bangsa yang bukan Yahudi bukan sahaja anjing tetapi juga keldai.Bangsa pilihan sahaja yang berhak hidup,bangsa yang lain adalah keldai..#nie memang laknatullah dah nie namanya..
  • Roh orang Yahudi bersumber daripada roh Allah,roh orang bukan Yahudi bersumber daripada roh najis..#ntah apa2 ntah la ajaran diorang nie..
  • Orang Yahudi tidak boleh kasihan kepada orang bukan Yahudi.Orang Yahudi boleh menipu dan bermuka-muka kepada orang yang bukan Yahudi apabila diperlukan.
  • Orang Yahudi harus menguasai orang yang bukan Yahudi.Orang Yahudi berhak menguasai dunia dengan segala apa yang ada didalamnya melalui penjualan,pembelian dan riba.
  • Kalau seorang Yahudi jadi hakim antara orang Yahudi dengan orang yang bukan Yahudi,maka dia harus berusaha untuk memenangkan orang Yahudi walaupun dengan cara menipu dan memperdaya..#memang kaki penipu tahap dewa..
  • Tuhan orang Yahudi tidak akan mengampunkan orang Yahudi yang memulangkan wang yang hilang kepada orang yang bukan Yahudi.
  • Orang Yahudi yang tidak ikhlas boleh memberi pinjaman wang kepada orang yang bukan Yahudi dengan syarat mengenakan ribanya.
  • Orang Yahudi tidak dibenarkan menolong atau kasihan kepada orang yang bukan Yahudi sekiranya orang yang bukan Yahudi tenggelam dalam sungai atau menghadapi bahaya.
  • Setiap orang Yahudi yang membunuh orang bukan Yahudi sebenarnya dia telah mendekatkan korban kepada Tuhan Yahweh..#sebab tu mereka berhabis-habisan nak hapuskan semua bangsa especially muslim..
Apa lagi yang saya boleh katakan.Sebenarnya mereka la 'mastermind' yang sentiasa merancang segala-galanya demi kepentingan bangsa mereka..Bangsa terpilih la katakan..Kita sebagai umat Islam kena yakin yang Allah itu Maha Adil.Sabar saudara seagamaku di bumi Palestin..Keadilan yang sebenar akan berpihak kepada kita jua..والله اعلم..^_^
Palestine..You r always in our prayer and doa..

Wednesday, August 14, 2013

~"Lagipun Dia Bestfriend Aku"~

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..Setiap hari mesti ucap tahmid tanda kita bersyukur kerana masih diberi nikmat kehidupan.Saya sebenarnya ingin bertanya pernahkah anda ternampak ataupun terjumpa orang yang mengambil barang orang lain tanpa kebenaran??..
Saya pernah bertemu dengan seseorang yang mengambil buku di rumah sahabat saya.Mulanya dia hanya membelek-belek buku tu bila dia tengok line dah clear dia pun dengan selamba memasukkan buku tersebut ke dalam beg.Saya yang nampak perbuatannya itu bertanya la..

  "Sudah minta kebenaran dengan tuan punya buku?"

Dia pun jawablah..

  "Tak payah la.Saya selalu dan biasa ambil buku di sini,dia pun biasa dengan saya.Dia tak marah pun."

Saya pun tak tahu nak cakap apa lagi.Saya bukannya jeles dengan dia sebab dapat ambil buku tanpa kebenaran tetapi setakat ingin tahu kenapa dia berbuat begitu.
Satu lagi kejadian yang sering berlaku kepada saya ialah kehilangan selipar.Saya sering mengalami situasi ini semasa saya tinggal di asrama dahulu.Siasat punya siasat,orang yang pertama hilang selipar tu sebab ada orang yang nak ambil wuduk pakai selipar dia sebab selipar orang tu tak boleh kena air.Takut putus la katakan.Bila macam tu orang yang meminjam tadi tidak letak semula selipar tersebut ke tempat asalnya.Akhirnya selipar tu hilang tanpa dapat dikesan.
Dont be 'buta sekejap'..
Dalam Islam ada 3 jenis mengambil tanpa izin.Pertama mencuri,kedua pinjam tanpa izin(ghasab)dan ketiga merompak.Ketiga-tiga ini adalah salah.
Mencuri ni ambil barang orang lain tanpa pengetahuan tuan punya dengan niat jadikan barang tersebut hak milik kekalnya.Ghasab pula ambil atau pinjam tanpa izin tuan punya barang dan kalaupun nampak macam mengizinkan tetapi tidak dengan kerelaan.Merompak pula mengambil secara kekerasan oleh satu kumpulan kadang-kadang sampai melibatkan pembunuhan.
Mencuri dan merompak termasuk dalam undang-undang jenayah dan ghasab pula dalam muamalat.Kalau semua orang ambil ringan dalam hal ini mengakibatkan semua orang buat salah.
Sebagai contoh,si A ambil selipar si B.Si B pula nampak seliparnya tiada.dia pun ambil la selipar orang lain sebab takut pulang berkaki ayam pula.Akhirnya semua orang pakai selipar orang lain.Inilah dosa yang sering dilakukan tanpa sedar.
Tapi kalau sudah dapat keizinan tu tidak apa la.Tapi jangan pula sebab'bestfriend'kita jadikan alasan untuk ambil hak orang lain sewenang-wenangnya.Semoga kita sentiasa sensitif dengan dosa walaupun kecil..مع السلامة..^_^

Tuesday, August 13, 2013

~Bakarlah Mayatku..~

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah saya masih diberi kekuatan lagi hari ini untuk terus berkongsi ilmu.Hari itu saya ada menonton drama melayu dekat Astro..Tajuknya jangan bakar mayat anakku..Drama nie pasal anak yang alim dan high education tapi derhaka dengan ibunya.Walau macam mana derhaka sekali pun anak tu akhirnya masa anak tu nazak ibunya tetap maafkan segala kesalahannya.Itulah bukti kasih ibu^_^..
Mom thanks 4 always being there,i just love u so much..
Bila sebut tentang bakar-bakar nie saya teringat satu kisah tentang seorang lelaki yang sedang nazak juga.Dalam keadaan nazak itu dia meminta ahli keluarganya datang dan mengelilinginya kerana ingin berpesan sesuatu.Lelaki tersebut berpesan kepada ahli keluarganya agar mengumpul kayu api banyak-banyak dan apabila dia sudah meninggal nanti bakarlah mayatnya.Arangnya hendaklah ditumbuk halus-halus dan ditaburkan ke laut apabila tiba musim angin kencang mean masa musim tengkujuh la kan..
Apabila dia telah meninggal dunia,segala pesanan itu dituruti oleh keluarganya.Allah yang Maha Kuasa telah mengumpulkan semula jasadnya dan mencantumkan menjadi anggota yang asal.Akhirnya Malaikat Izrail yang ditugaskan untuk mencabut nyawa lelaki tersebut bertanya..

  "Hei manusia!Mengapa engkau berpesan supaya dibakar mayatmu?"

Dengan ketakutan lelaki itu berkata..

  "Sebenarnya aku takutkan Allah.Mudah-mudahan dengan aku berbuat begitu aku tidak akan dapat disoal dan diazab oleh Allah lagi di dalam kubur dan di akhirat kelak."

Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang bermurah hati mengampunkan kesalahannya.Lelaki itu kemudiannya ditempatkan di dalam syurga berkat takutkan Allah.Ini menunjukkan bahawa bagaimana cara kematian seseorang sama ada matinya berkubur atau tidak,ditelan binatang,mati didalam laut dan sebagainya tetap akan melalui proses-proses yang telah Allah tetapkan.Mudah-mudahan kita dikurniakan khusnul khatimah.InshaAllah..مع السلامة..^_^

~Aku Redha Ya Allah..~

Assalamualaikum wbt..
Malam ini rasa sedih menyelubungi benak saya.Hati anak mana yang tidak dirundung sedih dan gelisah apabila abah diserang penyakit dan serta merta sikapnya berlawanan dengan yang sebelumnya.Sebelum terkena serangan strok abah saya seorang yang ceria,kuat bercakap,berceramah,berlawak.Selepas diserang strok pada 12 april hari itu segalanya berubah dalam sekelip mata.Kuasa Allah..Suasana rumah yang dahulunya riuh rendah kini hambar dengan setiap isi rumah masing-masing mengenang nasib diri.Pernah timbul rasa putus asa dalam diri apabila mendengar cakap-cakap orang yang pesakit strok mengambil masa yang lama untuk pulih seperti sedia kala.Paling cepat pun 6 bulan.Tapi sesungguhnya Allah SWT tidak suka dengan hambanya yang berputus asa.
Dont give up!!Dont give in!!
Jadi saya dan adik beradik yang lain mengumpul semula kekuatan dan membina keyakinan diri bahawa abah boleh sembuh.Alhamdulillah..3 bulan selepas itu abah mula menunjukkan perubahan positif.Kaki kiri ayah yang tidak boleh bergerak langsung sebelum ini sudah dapat digerakkan malah abah turut dapat berjalan.Namun pepatah mengatakan disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.Sejak kebelakangan ini emosi abah tidak stabil..turun naik..sekejap ok sekajap not ok..Sesungguhnya Allah lebih mengetahui 1001 hikmah yang mesti dicari di sebalik kejadian ini.Ya Allah aku redha dengan segalanya..
The hardest part is to finding out what the reason is..
Allah tarik nikmat semata-mata untuk bagi pengajaran kepada kita supaya kita sedar bahawa nikmat itu Allah yang punya.Bila Allah kasihkan kita Dia hukum kita di dunia lagi supaya tidak di azab di akhirat.Hukuman ini sebagai ganti disebabkan kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan.Penderitaan di dunia yang sedikit untuk menyelamatkan dari penderitaan yang besar di akhirat.Bila kita kenangkan penderitaan di akhirat yang maha dahsyat menjadikan penderitaan di dunia ini kita pandang kecil.Kalau inilah tujuan Allah uji kita sepatutnya kita senang hati dan rasa beruntung.
^_^
Jadi kenapa perlu kita keluh kesah?..Kenapa kita tidak senang dengan tindakan Allah itu?..Kenapa kita tidak redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT?..Bila kita diuji itu tandanya Allah sedang pandang dan ambil perhatian pada kita.Sepatutnya kita jadi orang yang sabar dan redha barulah Allah tolong dan bantu sepertimana firman Allah maksudnya..


  "Jika ada 20 orang yang sabar diantara kamu,nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh dan jika ada 100 orang(yang sabar)diantara kamu,mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir disebabkan orang yang kafir itu kaum yang tidak mengerti."

Jadi nikmat dan ujian disilih gantikan oleh Allah supaya 2 pahala syukur dan sabar selalu kita dapat.2 perkara ini merupakan pakaian orang soleh.
Remember!!Be patience..^_^
Orang yang kenal Allah,tahu kerja-kerja Allah faham bahawa Allah datangkan 'mehnah'(ujian) dan nikmat untuk menguntungkan mereka di negara yang kekal abadi.Tapi sebaliknya jika tidak faham sudah tentu akan berputus asa dan kecewa.Kalau begitulah yang berlaku,di dunia lagi kita sudah susah apalagi di akhirat nanti Allah humbankan ke dalam neraka.
نعوذ بالله..Oleh itu biarlah kita susah sedikit asalkan kita tetap sabar daripada menderita buat selama-lamanya di dalam neraka.Orang yang sedar hakikat ini,dia lupa penderitaan yang sedikit di dunia kerana nampak penderitaan yang kekal abadi di akhirat.Di ibaratkan seperti seorang yang berdepan dengan singa tentulah cuma memikirkan kehebatan singa sahaja.Gerun dan takut menguasai diri hingga tidak sedar bahawa lipan sudah menggigit kakinya..مع السلامة..والله اعلم..^_^

Thursday, August 8, 2013

~Apabila 'DIA' Menangis~

  "Kenapa lah dengan adik nie?Asyik menangis je.Orang sudah la penat dan letih nie.Nak buat kerja pun susah."

Assalamualaikum wbt..
Pertama sekali saya nak ucapkan SALAM AIDILFITRI kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.Alhamdulillah.Macam tv AlHijrah cakap Syawal tu satu kemenangan.Kemenangan menahan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.
SALAM AIDILFITRI!!

Ok la..berbalik dengan tajuk post saya hari ini.Nak jaga budak kecil nie sememangnya menguji kesabaran juga.Kadang-kadang rasa nak marah juga bila selalu menangis.Bila adik sudah menangis berjam-jam bimbang juga.Bila mereka kerap menangis,meragam,mengamuk tak tentu pasal rasa geram juga dalam hati.Memandangkan dia masih kecil dan tidak mengerti tentang hidup ini dapatlah ditahan-tahan perasaan marah dan geram.Dulu kita pun macam tu juga.Kanak-kanak memang fitrahnya suka menangis.Jarang dapat kanak-kanak yang tidak menangis.Sebenarnya itu salah satu cara mereka melahirkan perasaan dan emosi.
Crying Is A Gift..
Sebenarnya tangisan adik-adik kita terutamanya yang masih 'baby' lagi mengandungi 1001 hikmah.Salah satunya adalah ujian kepada kita.Sebelum nie susah hendak bermujahadah untuk melawan nafsu mazmumah dalam diri.Dengan kehadiran adik kita membuka peluang untuk kita mendisiplinkan diri bersabar dan redha dengan karenah dan ragam adik-adik lebih-lebih lagi apabila mempunyai adik yang ramai sedikit demi sedikit kita dapat kikis sifat pemarah itu.Buktinya macam kakak sulung saya.Dahulu dalam sehari tidak sah kalau dia tidak mengamuk.Macam mana tidak mengamuk terpaksa melayan karenah adik-adiknya yang seramai 5 orang yang non-stop bergaduh.Saya akui memang dia lah kakak yang saya geruni.Tapi semakin kami meningkat dewasa dia langsung berubah.Tidak pernah marah-marah lagi.Cuba kita hayati semula riwayat daripada Abdullah Ibnu Umar r.a berkata,bersabda Rasulullah SAW..


  "Jangan lah kamu pukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis.Kerana pada umur 4 bulan pertama dari lahirnya ia bersyahadah,pada 4 bulan kedua ia berselawat atasku dan 4 bulan kemudian ia mendoakan kedua ibu bapanya."

Dan riwayat daripada Anas r.a ia berkata,bersabda Rasulullah SAW,

  "Anak-anak sebelum sampai ia baligh,apa-apa yang dibuatnya daripada kebajikan dituliskan untuknya dan ibu bapanya.Dan apa yang dibuatnya daripada kejahatan tidaklah dituliskan untuknya dan tidak pula untuk ibu bapanya."

Beruntunglah siapa-siapa yang dapat bersabar dengan karenah kanak-kanak.Jarang sekali kanak-kanak menangis tanpa ada sebab-sebab tertentu kecuali kalau sudah menjadi kebiasaan.

  "Tapi bagaimana pula kalau mereka menangis ketika kita solat?Apakah kita mahu melayaninya hingga berhenti menangis atau dibiarkan sahaja?"

Kalau kita tahu punca mereka menangis senanglah untuk diselesaikan.Sebelum masuk waktu solat kita uruslah dulu makan minum,pakaian,salin lampin atau ditidurkan.Kalau sudah beres senanglah kita mahu mengerjakan solat.Tapi jika mereka menangis juga teruskan sahaja solat kerana syaitan memang suka menganggu ketika kita solat.Tapi sekiranya mereka tetap menangis sehingga kita solat pun tidak khusyuk cubalah ikhtiarkan sesuatu agar mereka berhenti menangis.Antaranya..

  • Dengan membaca doa atau lafaz yang sering kita ucapkan"Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam"..
  • Membaca ayat-ayat alQuran atau Surah Yaasin.
  • Atau kita azankan perlahan-lahan ke telinga mereka.
InshaAllah mereka tenteram.Yang penting kena bijak mengawal emosi kerana tindakan kanak-kanak ada kaitan dengan emosi penjaga mereka.Justeru berhubunglah dengan mereka dengan cara yang positif,riang dan gembira.Ingatlah..Di awal kelahiran manusia ke dunia diiringi dengan tangisan,di celah-celah kehidupan manusia disertai dengan tangisan dan di akhir hidup manusia di muka bumi Allah ini turut disusuli dengan tangisan.Jadi jangan marah-marah tau bila adik kita menangis..مع السلامة..^_^
Beware Of Your Emotion..Don't let it Control U!!

Wednesday, August 7, 2013

~Dari Kerana Mata..~

Dari kerana mata yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda,aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda,aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata...

Assalamualaikum wbt brother and sister...
كيف حالكم??Alhamdulillah..Rasanya malam-malam nie saya nak bercerita pasal mata la.Kenapa pula tiba-tiba pasal mata nie?Sebenarnya pagi tadi mata saya sakit mungkin sebab terbiasa pakai cermin mata jadi bila sekali sekala tak pakai mula la terasa janggal dan bila kena cahaya sakit pula.Bila Allah dah tarik sikit nikmat penglihatan saya barulah saya mula menghargai setiap nikmat pancaindera yang Allah SWT kurniakan.Sebelum nie penjagaan mata pun tidak dititikberatkan.Suka baca buku dalam cahaya yang samar-samar kiranya nak rasa 'feel' membaca konon.Jadi Allah pun bagi rasa sikit macamana bila tahap penglihatan dah terhad.Lepas tu baru la nak bersyukur.Manusia kan memang macam tu.Mudah lupa..
Bersyukur lah dengan nikmat penglihatan>_<
Sebenarnya setiap kejadian di dunia ini Allah jadikan dengan 1001 macam manfaat.Allah tidak ciptakan sesuatu tu sia-sia walaupun seekor kuman yang halus.Alam semulajadi yang hijau Allah jadikan banyak beri keuntungan kepada semua makhluk.Warna hijau warna fevret Rasulullah kan sebab itulah kita digalakkan menggunakan warna tersebut.Kita pun selalu dengar warna hijau nie besar ertinya kepada penglihatan.Selalu la pandang tumbuh-tumbuhan hijau.
Jom pakat ramai-ramai like kaler hijau!!
Sebab itu tidak hairan la orang-orang zaman dahulu kala tak pakai cermin mata kerana suasana pada masa itu belum lagi tercemar dengan pembangunan.Cuba kita semak balik Surah Ali Imran ayat 191.Firman Allah yang bermaksud..

  "Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):"Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari seksa neraka."

Tapi jangan bimbang biarpun pembangunan di negara kita semakin pesat ada cara lain untuk menambahkan kecerahan mata.Antaranya selalulah memandang muka-muka orang yang kita sayang macam ibu bapa,suami,anak-anak,sahabat-sahabat dan guru-guru kita.Kalau nak lakukan kerja macam membaca buku,menghafaz,berzikir,dan tidur seringlah menghadap ke kiblat dan berwuduk.Wajah yang sentiasa dibasahi dengan air wuduk akan mencerahkan lagi pancaindera yang utama itu.Air wuduk pencuci muka terbaik tau.
Purify your religion..
Untuk mengelakkan mata daripada rabun pula,mencegah lebih baik dari mengubati kan elakkan la makan benda-benda yang manis macam gula-gula,aiskrim,dan kuih-muih yang manis disamping mengelakkan bila buka mulut nampak macam gua,gelap gitu.Habis hitam gigi.Tapi kalau macam saya yang sudah rabun nie redha la  yang penting upgrade amalan.Macam iklan TV1 tu.Kurangkan manis dalm makanan banyakkan manis dalam senyuman.Senyum tu kan sedekah yang paling mudah^_^.
Start everyday off with a smile..At least it's a good start>_<
Selain tu kalau mandi pula kurangkan menjirus air ke kepala dan jangan suka memandang cahaya matahari sebab cahaya yang terang benderang boleh buat kita pitam.Hah,dan paling penting untuk kita sebagai seorang muslim jangan suka pandang perkara-perkara maksiat sebab pandangan itu datangnya daripada syaitan.Panahan syaitan tu sering bawa kehancuran kepada manusia.
Close your eyes,Clear your heart,Let it go..Say NO to maksiat!!
Kalau diserang sakit mata pula,carilah air embun ataupun air susu ibu kemudian titiskan ke mata sehingga beransur sembuh.Kalau mata sudah sakit elakkan dari banyak membaca,menjahit atau lain-lain kerja seni yang banyak melibatkan pancaindera ini.Jaga mata kita baik-baik tau!!..
مع السلامة..^_^

Monday, August 5, 2013

~Azan Dan Suul Khatimah~

Assalamualaikum wbt..^_^
Alhamdulillah saya masih lagi berkesempatan menulis pada hari ini meneruskan perkongsian bersama anda.Sesungguhnya saya mengakui diri ini masih banyak lagi kekurangan dan sering bergelumang dengan dosa dan masih berusaha untuk terus memperbaiki diri dalam menggapai redha Allah SWT..
Terdetik di sanubari untuk berkongsi tentang azan apabila saya terdengar laungan azan sayup-sayup menyeru umat Islam menunaikan kewajipan masing-masing.Maklum lah rumah saya agak jauh dari masjid apabila mendengar laungan azan saya sangat-sangat bersyukur.Sesungguhnya azan adalah seruan yang amat tinggi nilainya di sisi Islam.Sebab itulah kita diperintahkan agar menyahut seruan azan dan menunaikan solat pada waktunya.
"Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"
Bukan sahaja diperintahkan menyahut seruan azan malahan kita turut ditegah daripada bercakap-cakap ketika azan berkumandang.Dari Syeikh Ahmad bin Ahmad bin Ismail Al Haluwani..

  "Sesiapa yang tidak menyahut azan dengan ucapan sepertimana yang diucapkan oleh       muazzin,orang itu tandanya orang jahat dan ia ditakuti akan mati dalam kehinaan(suul khatimah)"

Saya teringat kembali semasa zaman persekolahan saya di sekolah menengah.Dahulu saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sandakan(SMAS) dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar Sandakan.Sememangnya ketika waktu asar kebanykan pelajar aspura dan aspuri sering terlelap setelah waktu persekolahan tamat terutamanya pelajar-pelajar junior yang tamat waktu persekolahan lebih awal daripada pelajar-pelajar menengah atas.Pelajar asrama jarang bercakap-cakap pada waktu azan asar dilaungkan.Biasanya abang-abang senior la yang sering melaungkan azan.Pada waktu asar suasana surau sunyi sepi kerana masing-masing masih dalam keadaan separuh sedar biarpun air wuduk sudah membasahi muka.Ini semua angkara MR.SYAITAN la yang tugasnya melalaikan umat manusia daripada melakukan ibadah dengan sungguh-sungguh.Tapi lihat sahaja sewaktu azan maghrib suasana surau betul-betul berbeza daripada suasana pada waktu asar.Apalagi sibuk la Ajk asrama melaksanakan tugas mereka mengarahkan adik-adik junior untuk menutup mulut dan jangan bercakap-cakap.Tapi ada dalam kalangan adik-adik junior nie yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri kadang-kadang sempat lagi mengumpat Ajk asrama.Beruntunglah adik-adik yang menerima teguran dan berdiam diri sesungguhnya mereka terlepas peluang mendapat suul khatimah.نعوذ بالله من ذلك.Semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu..مع السلامة..^_^..
Ingat tau!!Sentiasa tenang dan berdiam diri dalam rumah Allah..^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...