Thursday, August 8, 2013

~Apabila 'DIA' Menangis~

  "Kenapa lah dengan adik nie?Asyik menangis je.Orang sudah la penat dan letih nie.Nak buat kerja pun susah."

Assalamualaikum wbt..
Pertama sekali saya nak ucapkan SALAM AIDILFITRI kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.Alhamdulillah.Macam tv AlHijrah cakap Syawal tu satu kemenangan.Kemenangan menahan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.
SALAM AIDILFITRI!!

Ok la..berbalik dengan tajuk post saya hari ini.Nak jaga budak kecil nie sememangnya menguji kesabaran juga.Kadang-kadang rasa nak marah juga bila selalu menangis.Bila adik sudah menangis berjam-jam bimbang juga.Bila mereka kerap menangis,meragam,mengamuk tak tentu pasal rasa geram juga dalam hati.Memandangkan dia masih kecil dan tidak mengerti tentang hidup ini dapatlah ditahan-tahan perasaan marah dan geram.Dulu kita pun macam tu juga.Kanak-kanak memang fitrahnya suka menangis.Jarang dapat kanak-kanak yang tidak menangis.Sebenarnya itu salah satu cara mereka melahirkan perasaan dan emosi.
Crying Is A Gift..
Sebenarnya tangisan adik-adik kita terutamanya yang masih 'baby' lagi mengandungi 1001 hikmah.Salah satunya adalah ujian kepada kita.Sebelum nie susah hendak bermujahadah untuk melawan nafsu mazmumah dalam diri.Dengan kehadiran adik kita membuka peluang untuk kita mendisiplinkan diri bersabar dan redha dengan karenah dan ragam adik-adik lebih-lebih lagi apabila mempunyai adik yang ramai sedikit demi sedikit kita dapat kikis sifat pemarah itu.Buktinya macam kakak sulung saya.Dahulu dalam sehari tidak sah kalau dia tidak mengamuk.Macam mana tidak mengamuk terpaksa melayan karenah adik-adiknya yang seramai 5 orang yang non-stop bergaduh.Saya akui memang dia lah kakak yang saya geruni.Tapi semakin kami meningkat dewasa dia langsung berubah.Tidak pernah marah-marah lagi.Cuba kita hayati semula riwayat daripada Abdullah Ibnu Umar r.a berkata,bersabda Rasulullah SAW..


  "Jangan lah kamu pukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis.Kerana pada umur 4 bulan pertama dari lahirnya ia bersyahadah,pada 4 bulan kedua ia berselawat atasku dan 4 bulan kemudian ia mendoakan kedua ibu bapanya."

Dan riwayat daripada Anas r.a ia berkata,bersabda Rasulullah SAW,

  "Anak-anak sebelum sampai ia baligh,apa-apa yang dibuatnya daripada kebajikan dituliskan untuknya dan ibu bapanya.Dan apa yang dibuatnya daripada kejahatan tidaklah dituliskan untuknya dan tidak pula untuk ibu bapanya."

Beruntunglah siapa-siapa yang dapat bersabar dengan karenah kanak-kanak.Jarang sekali kanak-kanak menangis tanpa ada sebab-sebab tertentu kecuali kalau sudah menjadi kebiasaan.

  "Tapi bagaimana pula kalau mereka menangis ketika kita solat?Apakah kita mahu melayaninya hingga berhenti menangis atau dibiarkan sahaja?"

Kalau kita tahu punca mereka menangis senanglah untuk diselesaikan.Sebelum masuk waktu solat kita uruslah dulu makan minum,pakaian,salin lampin atau ditidurkan.Kalau sudah beres senanglah kita mahu mengerjakan solat.Tapi jika mereka menangis juga teruskan sahaja solat kerana syaitan memang suka menganggu ketika kita solat.Tapi sekiranya mereka tetap menangis sehingga kita solat pun tidak khusyuk cubalah ikhtiarkan sesuatu agar mereka berhenti menangis.Antaranya..

  • Dengan membaca doa atau lafaz yang sering kita ucapkan"Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam"..
  • Membaca ayat-ayat alQuran atau Surah Yaasin.
  • Atau kita azankan perlahan-lahan ke telinga mereka.
InshaAllah mereka tenteram.Yang penting kena bijak mengawal emosi kerana tindakan kanak-kanak ada kaitan dengan emosi penjaga mereka.Justeru berhubunglah dengan mereka dengan cara yang positif,riang dan gembira.Ingatlah..Di awal kelahiran manusia ke dunia diiringi dengan tangisan,di celah-celah kehidupan manusia disertai dengan tangisan dan di akhir hidup manusia di muka bumi Allah ini turut disusuli dengan tangisan.Jadi jangan marah-marah tau bila adik kita menangis..مع السلامة..^_^
Beware Of Your Emotion..Don't let it Control U!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...