Saturday, August 24, 2013

~Teknik Mudah Tumpaskan Musuh^_^~

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulilllah..Mari kita together2 jadikan tahmid satu amalan ya setiap kali kita selesai buat sesuatu even lepas selesai melabur saham dekat toilet..
Entri kali nie saya nak share teknik mudah nak tumpaskan musuh dengan cara yang paling mudah.Tak perlu blackbelt dalam taekwando,tak perlu ada rocket launcher,tak perlu guna M16,tak perlu ada bom mortar dan everything yang macam tu la yang boleh rosakkan dunia.Nak tau??..Kena baca entri nie sampai habis tau..hehe..
Sebenarnya kalau nak tumpaskan musuh senjata yang paling kita perlukan adalah Allah.Kita kena sentiasa ingat dengan Allah.Sebab our number 1 enemy siapa lagi?.Tak lain dan tak bukan Syaitan and The Gang la kan..
And nie kena take note sangat-sangat.Boleh dikatakan kalau kita mengantuk kita mesti menguap kalau menguap mesti mengantuk.Kalau menguap kena tutup mulut jangan biar terlopong besar-besar macam Gua Niah dah sekali tengok.
Rasulullah saw telah bersabda maksudnya..

  "Apabila menguap sesorang daripada kamu maka hendaklah dia menutup mulutnya dengan tangan,kerana syaitan akan masuk dari mulut yang terbuka itu"

Sebab bila syaitan dah masuk dalam mulut that mean syaitan dah masuk dalam badan kita.Bercampurlah syaitan dengan darah kita yang turun naik sebab tu kadang-kadang kita sabar kadang-kadang tak boleh bersabar langsung.
Licikkan syaitan nie.Masuk senyap-senyap dalam badan kita guna badan kita buat benda-benda yang tak patut.Dia pakai mata kita tengok benda-benda maksiat,guna telinga kita dengar benda-benda yang tak elok,guna mulut minum dan makan benda-benda haram,guna tangan dan kaki kita pergi tempat-tempat maksiat.Kita selalu lupa musuh kita yang satu nie.Kita sibuk bermusuhan sesama sendiri sedangkan musuh yang utama bukan lagi berada di luar tapi dah masuk dalam lambung kita sendiri.
Oleh tu kita minta banyak-banyak kepada Allah.Minta perlindungan dari syaitan yang direjam nie.Kita ingat Allah,Allah pasti ingat dengan kita.So,anda semua dah sedia?..Jom kita tumpaskan syaitan dan sekutu-sekutunya..مع السلامة..^_^

2 comments:

alynJR said...

cantiknyaaaa blog :)

Anierah said...

Terima kasih alynJR..^_^..biasa ja nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...