Tuesday, August 13, 2013

~Aku Redha Ya Allah..~

Assalamualaikum wbt..
Malam ini rasa sedih menyelubungi benak saya.Hati anak mana yang tidak dirundung sedih dan gelisah apabila abah diserang penyakit dan serta merta sikapnya berlawanan dengan yang sebelumnya.Sebelum terkena serangan strok abah saya seorang yang ceria,kuat bercakap,berceramah,berlawak.Selepas diserang strok pada 12 april hari itu segalanya berubah dalam sekelip mata.Kuasa Allah..Suasana rumah yang dahulunya riuh rendah kini hambar dengan setiap isi rumah masing-masing mengenang nasib diri.Pernah timbul rasa putus asa dalam diri apabila mendengar cakap-cakap orang yang pesakit strok mengambil masa yang lama untuk pulih seperti sedia kala.Paling cepat pun 6 bulan.Tapi sesungguhnya Allah SWT tidak suka dengan hambanya yang berputus asa.
Dont give up!!Dont give in!!
Jadi saya dan adik beradik yang lain mengumpul semula kekuatan dan membina keyakinan diri bahawa abah boleh sembuh.Alhamdulillah..3 bulan selepas itu abah mula menunjukkan perubahan positif.Kaki kiri ayah yang tidak boleh bergerak langsung sebelum ini sudah dapat digerakkan malah abah turut dapat berjalan.Namun pepatah mengatakan disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.Sejak kebelakangan ini emosi abah tidak stabil..turun naik..sekejap ok sekajap not ok..Sesungguhnya Allah lebih mengetahui 1001 hikmah yang mesti dicari di sebalik kejadian ini.Ya Allah aku redha dengan segalanya..
The hardest part is to finding out what the reason is..
Allah tarik nikmat semata-mata untuk bagi pengajaran kepada kita supaya kita sedar bahawa nikmat itu Allah yang punya.Bila Allah kasihkan kita Dia hukum kita di dunia lagi supaya tidak di azab di akhirat.Hukuman ini sebagai ganti disebabkan kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan.Penderitaan di dunia yang sedikit untuk menyelamatkan dari penderitaan yang besar di akhirat.Bila kita kenangkan penderitaan di akhirat yang maha dahsyat menjadikan penderitaan di dunia ini kita pandang kecil.Kalau inilah tujuan Allah uji kita sepatutnya kita senang hati dan rasa beruntung.
^_^
Jadi kenapa perlu kita keluh kesah?..Kenapa kita tidak senang dengan tindakan Allah itu?..Kenapa kita tidak redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT?..Bila kita diuji itu tandanya Allah sedang pandang dan ambil perhatian pada kita.Sepatutnya kita jadi orang yang sabar dan redha barulah Allah tolong dan bantu sepertimana firman Allah maksudnya..


  "Jika ada 20 orang yang sabar diantara kamu,nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh dan jika ada 100 orang(yang sabar)diantara kamu,mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir disebabkan orang yang kafir itu kaum yang tidak mengerti."

Jadi nikmat dan ujian disilih gantikan oleh Allah supaya 2 pahala syukur dan sabar selalu kita dapat.2 perkara ini merupakan pakaian orang soleh.
Remember!!Be patience..^_^
Orang yang kenal Allah,tahu kerja-kerja Allah faham bahawa Allah datangkan 'mehnah'(ujian) dan nikmat untuk menguntungkan mereka di negara yang kekal abadi.Tapi sebaliknya jika tidak faham sudah tentu akan berputus asa dan kecewa.Kalau begitulah yang berlaku,di dunia lagi kita sudah susah apalagi di akhirat nanti Allah humbankan ke dalam neraka.
نعوذ بالله..Oleh itu biarlah kita susah sedikit asalkan kita tetap sabar daripada menderita buat selama-lamanya di dalam neraka.Orang yang sedar hakikat ini,dia lupa penderitaan yang sedikit di dunia kerana nampak penderitaan yang kekal abadi di akhirat.Di ibaratkan seperti seorang yang berdepan dengan singa tentulah cuma memikirkan kehebatan singa sahaja.Gerun dan takut menguasai diri hingga tidak sedar bahawa lipan sudah menggigit kakinya..مع السلامة..والله اعلم..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...