Monday, August 5, 2013

~Azan Dan Suul Khatimah~

Assalamualaikum wbt..^_^
Alhamdulillah saya masih lagi berkesempatan menulis pada hari ini meneruskan perkongsian bersama anda.Sesungguhnya saya mengakui diri ini masih banyak lagi kekurangan dan sering bergelumang dengan dosa dan masih berusaha untuk terus memperbaiki diri dalam menggapai redha Allah SWT..
Terdetik di sanubari untuk berkongsi tentang azan apabila saya terdengar laungan azan sayup-sayup menyeru umat Islam menunaikan kewajipan masing-masing.Maklum lah rumah saya agak jauh dari masjid apabila mendengar laungan azan saya sangat-sangat bersyukur.Sesungguhnya azan adalah seruan yang amat tinggi nilainya di sisi Islam.Sebab itulah kita diperintahkan agar menyahut seruan azan dan menunaikan solat pada waktunya.
"Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"
Bukan sahaja diperintahkan menyahut seruan azan malahan kita turut ditegah daripada bercakap-cakap ketika azan berkumandang.Dari Syeikh Ahmad bin Ahmad bin Ismail Al Haluwani..

  "Sesiapa yang tidak menyahut azan dengan ucapan sepertimana yang diucapkan oleh       muazzin,orang itu tandanya orang jahat dan ia ditakuti akan mati dalam kehinaan(suul khatimah)"

Saya teringat kembali semasa zaman persekolahan saya di sekolah menengah.Dahulu saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sandakan(SMAS) dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar Sandakan.Sememangnya ketika waktu asar kebanykan pelajar aspura dan aspuri sering terlelap setelah waktu persekolahan tamat terutamanya pelajar-pelajar junior yang tamat waktu persekolahan lebih awal daripada pelajar-pelajar menengah atas.Pelajar asrama jarang bercakap-cakap pada waktu azan asar dilaungkan.Biasanya abang-abang senior la yang sering melaungkan azan.Pada waktu asar suasana surau sunyi sepi kerana masing-masing masih dalam keadaan separuh sedar biarpun air wuduk sudah membasahi muka.Ini semua angkara MR.SYAITAN la yang tugasnya melalaikan umat manusia daripada melakukan ibadah dengan sungguh-sungguh.Tapi lihat sahaja sewaktu azan maghrib suasana surau betul-betul berbeza daripada suasana pada waktu asar.Apalagi sibuk la Ajk asrama melaksanakan tugas mereka mengarahkan adik-adik junior untuk menutup mulut dan jangan bercakap-cakap.Tapi ada dalam kalangan adik-adik junior nie yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri kadang-kadang sempat lagi mengumpat Ajk asrama.Beruntunglah adik-adik yang menerima teguran dan berdiam diri sesungguhnya mereka terlepas peluang mendapat suul khatimah.نعوذ بالله من ذلك.Semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu..مع السلامة..^_^..
Ingat tau!!Sentiasa tenang dan berdiam diri dalam rumah Allah..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...