Wednesday, August 7, 2013

~Dari Kerana Mata..~

Dari kerana mata yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda,aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda,aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata...

Assalamualaikum wbt brother and sister...
كيف حالكم??Alhamdulillah..Rasanya malam-malam nie saya nak bercerita pasal mata la.Kenapa pula tiba-tiba pasal mata nie?Sebenarnya pagi tadi mata saya sakit mungkin sebab terbiasa pakai cermin mata jadi bila sekali sekala tak pakai mula la terasa janggal dan bila kena cahaya sakit pula.Bila Allah dah tarik sikit nikmat penglihatan saya barulah saya mula menghargai setiap nikmat pancaindera yang Allah SWT kurniakan.Sebelum nie penjagaan mata pun tidak dititikberatkan.Suka baca buku dalam cahaya yang samar-samar kiranya nak rasa 'feel' membaca konon.Jadi Allah pun bagi rasa sikit macamana bila tahap penglihatan dah terhad.Lepas tu baru la nak bersyukur.Manusia kan memang macam tu.Mudah lupa..
Bersyukur lah dengan nikmat penglihatan>_<
Sebenarnya setiap kejadian di dunia ini Allah jadikan dengan 1001 macam manfaat.Allah tidak ciptakan sesuatu tu sia-sia walaupun seekor kuman yang halus.Alam semulajadi yang hijau Allah jadikan banyak beri keuntungan kepada semua makhluk.Warna hijau warna fevret Rasulullah kan sebab itulah kita digalakkan menggunakan warna tersebut.Kita pun selalu dengar warna hijau nie besar ertinya kepada penglihatan.Selalu la pandang tumbuh-tumbuhan hijau.
Jom pakat ramai-ramai like kaler hijau!!
Sebab itu tidak hairan la orang-orang zaman dahulu kala tak pakai cermin mata kerana suasana pada masa itu belum lagi tercemar dengan pembangunan.Cuba kita semak balik Surah Ali Imran ayat 191.Firman Allah yang bermaksud..

  "Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):"Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari seksa neraka."

Tapi jangan bimbang biarpun pembangunan di negara kita semakin pesat ada cara lain untuk menambahkan kecerahan mata.Antaranya selalulah memandang muka-muka orang yang kita sayang macam ibu bapa,suami,anak-anak,sahabat-sahabat dan guru-guru kita.Kalau nak lakukan kerja macam membaca buku,menghafaz,berzikir,dan tidur seringlah menghadap ke kiblat dan berwuduk.Wajah yang sentiasa dibasahi dengan air wuduk akan mencerahkan lagi pancaindera yang utama itu.Air wuduk pencuci muka terbaik tau.
Purify your religion..
Untuk mengelakkan mata daripada rabun pula,mencegah lebih baik dari mengubati kan elakkan la makan benda-benda yang manis macam gula-gula,aiskrim,dan kuih-muih yang manis disamping mengelakkan bila buka mulut nampak macam gua,gelap gitu.Habis hitam gigi.Tapi kalau macam saya yang sudah rabun nie redha la  yang penting upgrade amalan.Macam iklan TV1 tu.Kurangkan manis dalm makanan banyakkan manis dalam senyuman.Senyum tu kan sedekah yang paling mudah^_^.
Start everyday off with a smile..At least it's a good start>_<
Selain tu kalau mandi pula kurangkan menjirus air ke kepala dan jangan suka memandang cahaya matahari sebab cahaya yang terang benderang boleh buat kita pitam.Hah,dan paling penting untuk kita sebagai seorang muslim jangan suka pandang perkara-perkara maksiat sebab pandangan itu datangnya daripada syaitan.Panahan syaitan tu sering bawa kehancuran kepada manusia.
Close your eyes,Clear your heart,Let it go..Say NO to maksiat!!
Kalau diserang sakit mata pula,carilah air embun ataupun air susu ibu kemudian titiskan ke mata sehingga beransur sembuh.Kalau mata sudah sakit elakkan dari banyak membaca,menjahit atau lain-lain kerja seni yang banyak melibatkan pancaindera ini.Jaga mata kita baik-baik tau!!..
مع السلامة..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...