Wednesday, August 14, 2013

~"Lagipun Dia Bestfriend Aku"~

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..Setiap hari mesti ucap tahmid tanda kita bersyukur kerana masih diberi nikmat kehidupan.Saya sebenarnya ingin bertanya pernahkah anda ternampak ataupun terjumpa orang yang mengambil barang orang lain tanpa kebenaran??..
Saya pernah bertemu dengan seseorang yang mengambil buku di rumah sahabat saya.Mulanya dia hanya membelek-belek buku tu bila dia tengok line dah clear dia pun dengan selamba memasukkan buku tersebut ke dalam beg.Saya yang nampak perbuatannya itu bertanya la..

  "Sudah minta kebenaran dengan tuan punya buku?"

Dia pun jawablah..

  "Tak payah la.Saya selalu dan biasa ambil buku di sini,dia pun biasa dengan saya.Dia tak marah pun."

Saya pun tak tahu nak cakap apa lagi.Saya bukannya jeles dengan dia sebab dapat ambil buku tanpa kebenaran tetapi setakat ingin tahu kenapa dia berbuat begitu.
Satu lagi kejadian yang sering berlaku kepada saya ialah kehilangan selipar.Saya sering mengalami situasi ini semasa saya tinggal di asrama dahulu.Siasat punya siasat,orang yang pertama hilang selipar tu sebab ada orang yang nak ambil wuduk pakai selipar dia sebab selipar orang tu tak boleh kena air.Takut putus la katakan.Bila macam tu orang yang meminjam tadi tidak letak semula selipar tersebut ke tempat asalnya.Akhirnya selipar tu hilang tanpa dapat dikesan.
Dont be 'buta sekejap'..
Dalam Islam ada 3 jenis mengambil tanpa izin.Pertama mencuri,kedua pinjam tanpa izin(ghasab)dan ketiga merompak.Ketiga-tiga ini adalah salah.
Mencuri ni ambil barang orang lain tanpa pengetahuan tuan punya dengan niat jadikan barang tersebut hak milik kekalnya.Ghasab pula ambil atau pinjam tanpa izin tuan punya barang dan kalaupun nampak macam mengizinkan tetapi tidak dengan kerelaan.Merompak pula mengambil secara kekerasan oleh satu kumpulan kadang-kadang sampai melibatkan pembunuhan.
Mencuri dan merompak termasuk dalam undang-undang jenayah dan ghasab pula dalam muamalat.Kalau semua orang ambil ringan dalam hal ini mengakibatkan semua orang buat salah.
Sebagai contoh,si A ambil selipar si B.Si B pula nampak seliparnya tiada.dia pun ambil la selipar orang lain sebab takut pulang berkaki ayam pula.Akhirnya semua orang pakai selipar orang lain.Inilah dosa yang sering dilakukan tanpa sedar.
Tapi kalau sudah dapat keizinan tu tidak apa la.Tapi jangan pula sebab'bestfriend'kita jadikan alasan untuk ambil hak orang lain sewenang-wenangnya.Semoga kita sentiasa sensitif dengan dosa walaupun kecil..مع السلامة..^_^

2 comments:

AHDA WARDATUL said...

singgah sambil follow.. follow saya juga :)

Anierah said...

terima kasih ahda..inshaAllah..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...