Wednesday, August 21, 2013

~Siapa Ego?~

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua?Saya alhamdulillah sihat sahaja hari nie..
Sebenarnya kadang-kadang timbul perasaan takut dalam hati saya bila share something yang related dengan bab-bab agama nie.Saya takut riak tu conquer hati saya.Takut cetusan niat saya kerana orang lain dianggap riak..Riak nie berpunca dari ego.Jadi entri kali nie saya nak share pasal ego^_^..
Your ego is your soul's worst enemy..
Orang yang ego nie kita boleh kenal dari sikap dan tindakannya,riak wajah,body language,cara dia pandang dan renung rakannya,cara duduk,cara berjalan,cara berdiri dan banyak lagi la..
Tanda-tanda orang yang ego yang dapat kita tengok dalam diri someone menurut Imam Al Ghazali...

  • Suka dan senang hati bila orang bagi dia penghormatan,orang berdiri bila dia datang sesuatu event anytime anywhere la.
  • Tak suka berjalan kecuali ada pengiring di belakangnya.Ala..Macam dalam cerita korea kalau orang kaya yang ada company besar mesti ada pengiring dekat belakang tu.
Abu Darda sifatkan orang yang suka diiring masa berjalan nie orang yang semakin bertambah jauh dari Allah.Nak ke kita??..
  • Tak suka ziarah orang lain walaupun dia tahu ziarah orang tu dapat pahala.Sebab dia rasa sepatutnya orang lain la yang datang ziarah.Kalau pun dia ada hajat dengan someone dia suruh orang tu yang datang ke rumahnya.
  • Tak suka orang duduk dekat dengannya kecuali orang tu duduk berdepan dengannya.Sebab dia rasa kalau duduk bersebelahan dengannya dianggap sama taraf dengannya.
  • Tak suka duduk dengan orang yang sakit teruk.Sentiasa jauh-jauh diri mereka-mereka yang ada sakit teruk.
  • Tak suka buat kerja rumah sendiri.Semua kerja rumah yang dia mampu buat pun dia suruh tukang gaji atau isteri yang buat.Sebab dia rasa dia kan ketua keluarga jadi kerja-kerja rumah nie tak layak la dia pula yang buat.
Sedangkan Rasulullah orang yang mulia daripada segala makhluk pun selalu tolong isteri potong daging,menjahit dan cuci baju lagi..
Macam Umar Abdul Aziz,Khalifah Bani Umaiyah pernah 1 hari tu masa dia tengah menulis,lampu pelitanya nak padam sebab minyak dah nak habis.Kebetulan masa tu ada tetamu yang datang ke rumahnya.Bila tetamu tu nampak lampu yang nak mati tu tetamu tu pun cakap la..
  
  "Boleh aku tolong betulkan lampu tu?.."

Umar Abdul Aziz jawab..

  "Orang yang jadikan tetamunya sebagai pelayan tidak akan beroleh kemuliaan"

Tetamu tu tanya lagi..

  "Boleh aku bangunkan budak pelayan kamu?"

Umar Abdul Aziz jawab lagi..

  "Budak tu baru tidur.Jangan ganggu."

Umar Abdul Aziz kemudian bangun dan ambil botol minyak dan dia sendiri yang isi minyak lampu tu.Tetamu tu terkejut sebab dia tak sangka Khalifah Umar yang ada pembantu sanggup buat kerja tu sendiri.Dengan nada hairan tetamu tu pun tanya la..

  "Engkau lakukan sendiri kerja nie Amirul Mukminin?"

Umar Abdul Aziz pun jawab..

  "Aku pergi ke situ aku tetap Umar,aku kembali ke tempat aku ini pun aku tetap juga Umar.Sebaik-baik manusia disisi Allah ialah orang yang merendah diri."

  • Tak sanggup dan rasa harga dirinya jatuh kalau dia bawa barangnya sendiri masuk ke dalam rumah.Dia lagi suka kalau suruh orang lain padahal dia mampu pun nak bawa barang-barangnya tu.
Sayidina Ali ketika jadi Amirul Mukminin dia pergi pasar dan beli daging sendiri.Sahabat lain yang nampak cuba untuk tolong Sayidina Ali angkat daging tu tapi Sayidina Ali tidak benarkan dan cakap..

  "Kepala keluarga itu lebih berhak membawa."

  • Rasa rendah diri kalau pakai baju murah macam baju bundle,tak cantik,fesyen not up to date dan yang sewaktu dengannya la.
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya..

  "Barangsiapa meninggalkan perhiasan kerana merendah diri kepada Allah dan mencari keredhaanNya,berhak keatas Allah menyimpan permaidani untuknya di syurga"

                                                      ~Hadis riwayat Abu Said Al Malini dan Abu Naim dari Ibnu Abbas~
Islam is the religion of peace and mercy..^_^

Tapi doesn't mean yang kita tak boleh pakai cantik-cantik,boleh tapi bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk dan menyombongkan diri kepada orang.Ingatlah Islam agama yang lengkap.Biarpun zaman berubah tapi ajaran Islam tak pernah ketinggalan zaman..مع السلامة..^_^..إلي اللقاء..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...