Tuesday, August 13, 2013

~Bakarlah Mayatku..~

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah saya masih diberi kekuatan lagi hari ini untuk terus berkongsi ilmu.Hari itu saya ada menonton drama melayu dekat Astro..Tajuknya jangan bakar mayat anakku..Drama nie pasal anak yang alim dan high education tapi derhaka dengan ibunya.Walau macam mana derhaka sekali pun anak tu akhirnya masa anak tu nazak ibunya tetap maafkan segala kesalahannya.Itulah bukti kasih ibu^_^..
Mom thanks 4 always being there,i just love u so much..
Bila sebut tentang bakar-bakar nie saya teringat satu kisah tentang seorang lelaki yang sedang nazak juga.Dalam keadaan nazak itu dia meminta ahli keluarganya datang dan mengelilinginya kerana ingin berpesan sesuatu.Lelaki tersebut berpesan kepada ahli keluarganya agar mengumpul kayu api banyak-banyak dan apabila dia sudah meninggal nanti bakarlah mayatnya.Arangnya hendaklah ditumbuk halus-halus dan ditaburkan ke laut apabila tiba musim angin kencang mean masa musim tengkujuh la kan..
Apabila dia telah meninggal dunia,segala pesanan itu dituruti oleh keluarganya.Allah yang Maha Kuasa telah mengumpulkan semula jasadnya dan mencantumkan menjadi anggota yang asal.Akhirnya Malaikat Izrail yang ditugaskan untuk mencabut nyawa lelaki tersebut bertanya..

  "Hei manusia!Mengapa engkau berpesan supaya dibakar mayatmu?"

Dengan ketakutan lelaki itu berkata..

  "Sebenarnya aku takutkan Allah.Mudah-mudahan dengan aku berbuat begitu aku tidak akan dapat disoal dan diazab oleh Allah lagi di dalam kubur dan di akhirat kelak."

Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang bermurah hati mengampunkan kesalahannya.Lelaki itu kemudiannya ditempatkan di dalam syurga berkat takutkan Allah.Ini menunjukkan bahawa bagaimana cara kematian seseorang sama ada matinya berkubur atau tidak,ditelan binatang,mati didalam laut dan sebagainya tetap akan melalui proses-proses yang telah Allah tetapkan.Mudah-mudahan kita dikurniakan khusnul khatimah.InshaAllah..مع السلامة..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...