Friday, August 23, 2013

~You Want Everything?Forget It..~

Assalamualaikum wbt..
Hari nie hati saya tak cukup tenang nak buat daily routine macam selalu.Kenapa??
Tak tenang bila my kazen a.k.a teman tapi mesra saya beberapa hari lalu cakap yang dia takut sebab gangster dekat Pinang nak mob war dengan polis.Dia cakap beberapa orang polis ada yang kena tembak.Puncanya sebab polis ada tembak kawan diorang nie.
Yala..Polis just do their job kan.So yang gangster nie kenapa tetap tak sedar dan tetap nak jadi gangster juga??..
Sedangkan diorang tahu yang kerja diorang tu sangat-sangat tidak diredhai.Kazen saya nie sekarang memang tak cukup ketenangan sebab takut kena tembak..
Bila dah macam nie saya teringat pula satu artikel yang saya baca dalam satu magazine Islamik pasal tragedi di selatan semenanjung.Tragedi orang yang datang serang Balai Polis Batu Pahat sebab tindakan polis yang sekat ajaran yang diorang kembangkan khabarnya ajaran sesat..
Senjata yang diorang guna masa tu parang and pedang dah macam panglima perang dah.Diorang tetak and serang anggota polis tanpa belas kasihan langsung.Yang paling sadis lagi salah seorang anggota polis wanita yang kerja disitu pada hari tu.
Bila dia dengar orang dah huru hara dia pun keluar dari pejabat dan tengok apa yang jadi nie.Bila dia nampak golongan asing yang menyerang dia pun for sure takut la dan menyorok belakang almari.Ada 1 penyerang nampak dan cari dia.Tapi bila tengok tak ada siapa-siapa dalam pejabat orang tu pun keluar.Polis wanita tadi bila dah dengar suasana tenang balik,dia yakin la yang penyerang tu dah chow dari situ.Dia pun keluar tiba-tiba muncul salah seorang dari penyerang tu dengan pedang yang shiny-shiny gitu nak tunjuk yang pedang dia tu teramat la tajam.Dia begging kat penyerang tu supaya jangan apa-apakan dia tapi penyerang tu terus tetak polis wanita tu menyebabkan tangan kanannya putus.Lepas tu dia pengsan..
Dia sedar beberapa hari lepas tu dan bila dia buka mata dia nampak family dia.Dia tahulah yang dia sekarang di hospital.
Beberapa hari lepas tu dia beransur pulih dan tak putus asa berusaha belajar menulis dengan tangan kiri sebab dia nak kerja balik di pejabat polis.Ayat pertama yang dia tulis atas kertas..

  Kita tidak akan dapat perolehi semua yang kita mahu..

Kalau boleh dalam hidup nie macam-macam kita mahu.Kalau kita mahu jadi orang yang paling kaya kita mahu cita-cita tu tercapai.Kalau kita nak kahwin dengan orang tu kita nak juga cita-cita tu tercapai.Tapi sebenarnya mustahil dalam hidup nie we get what we want..
Allah memang dah jadikan semua di dunia nie ada kekurangan..Nobody's perfect..Kenapa??
Supaya kita sedar yang kita nie sangat-sangat lemah.Supaya kita sedar kita ditadbir dan bukan mentadbir.
Kalaupun seseorang tu dapat jadi orang paling kaya didunia sekalipun mesti ada satu sudut kehidupannya yang kurang.Mungkin jiwanya lonely-lonely gitu.Ataupun tak dapat ketenangan.Kalau pun dapat capai kepandaian sampai jadi prof yang teorinya dikagumi orang tapi di sudut yang lain mungkin dia tidak pandai memimpin ataupun kureng sikit dari paras rupa..
Tapi kalau kita faham hakikat yang not everything you want you can get it, kita pasti akan jadi orang yang bersyukur dan sentiasa cukup dengan apa yang ada.MasyaAllah..Ingatlah kita manusia yang lemah Allah juga Paling Berkuasa..مع السلامة..^_^

2 comments:

IntaNBerliaN said...

*thanks singgah blog saya..

pasal assign jobs tu, awk printscreen apa yg dah awk buat.. contohlah job tu suh awak like, share & komen..

so, awk primtscreen yg awk dah liked & printcreen yg awk dah share kat timeline awk tu & printscreen yang awk dah komen kat status tu...

jika tak paham tanya semula yer

IntaNBerliaN said...

bila adik nak buat sesuatu job, adik mesti klik job tu kan... lps tu adik klik APPLY FOR THIS JOB - NANTI AKAN ADA KOTAK YG SURUH KITA LETAK BUKTI KERJA KITA TU :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...