Sunday, August 4, 2013

~Kakiku Lebih Bersih Dari Wajahmu~

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.Rukun Islam yang pertama saya laksanakan pada awal waktu dengan rukun-rukun solat saya lakukan dengan tertib.Semoga solat saya diterima oleh Allah SWT..InshaAllah..
Saya teringat dengan cerita kakak saya sewaktu dia masih lagi menuntut di Universiti Malaysia Sabah.Pada waktu itu kakak saya sebilik dengan beberapa orang non-muslim.Salah seorang daripada mereka sering menimbulkan persoalan tentang Islam kepada kakak saya.Suatu hari seusai kakak saya melaksanakan solat fardhu rakan kakak saya tadi bertanya..

  "Kenapa orang Islam sembahyang banyak kali?Macam kami dalam seminggu sekali cukup la."

Kakak saya tergamam apabila diajukan soalan sebegitu.Tiba-tiba kakak saya bersuara..

  "Mana lagi bagus,mandi 5 kali sehari kah atau 1 kali seminggu?"

Rakan kakak saya tadi terdiam dan segera berpura-pura bercerita dengan salah seorang lagi roommate mereka.Saya hanya tergelak dalam hati sewaktu kakak saya berkongsi peristiwa itu dengan saya.
Saya teringat satu lagi cerita yang saya baca dalam sebuah majalah.Kisahnya tentang seorang ulama yang menaiki kapal terbang untuk ke destinasi yang tidak dinyatakan.Perjalanannya masih jauh dan waktu solat fardhu Zuhur telah masuk sewaktu dia dalam penerbangan.Ulama tersebut menuju ke tandas untuk mengambil wuduk.Sehinggalah sampai ke anggota wajib wuduk yang terakhir iaitu kaki.Ulama tersebut meletakkan kakinya ke sinki dan tiba-tiba perbuatannya itu dilihat oleh seorang pramugari.Pramugari tersebut berkata..

  "Hei!!Jangan letak kaki kamu ke dalam sinki.Kotor!!"

Ulama tersebut menjawab..

  "Saya ingin bertanya kepada kamu.Dalam sehari berapa kali kamu membasuh wajahmu?"

Pramugari tersebut dengan bangga berkata..

  "Dalam sehari saya membasuh wajah saya sebanyak dua kali.Kenapa?"

Ulama tersebut berkata..

  "Saya membasuh kaki saya sebanyak 5 kali dalam sehari.Sesungguhnya kaki saya lebih bersih dari wajahmu."

Ulama tersebut berlalu keluar untuk kembali ke tempat duduknya bagi melaksanakan solat meninggalakan pramugari tersebut terpinga-pinga dan tertunduk malu.
Sesungguhnya solat itu tiang agama.Sekiranya kita meninggalkan solat umpama kita merobohkan tiang agama Islam itu sendiri.Marilah kita sama-sama koreksi semula ibadah solat kita..InshaAllah..مع السلامة..^_^
Dah solat belum??^_^


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...