Saturday, August 3, 2013

~Wanita,Tudung Dan Tudung Saji~

Assalamualaikum wbt..كيف حالكم??
Alhamdulillah..Hari ini Allah masih meluluskan loan saya untuk terus menikmati kehidupan di dunia yang sementara ini untuk terus mencari bekalan yang secukupnya menuju perjalanan ke kampung halaman yang abadi.Loan apa??Loan oksigen.Begitu Pemurahnya Allah SWT.Kalau dekat bank belum tentu loan kita akan diluluskan.Banyak prosedur yang mesti dipatuhi.Malunya saya dengan Allah.Begitu banyak dosa yang saya lakukan tetapi Allah tetap membenarkan saya untuk terus menumpang tinggal di bumi ciptaanNya ini biarpun sewa banyak yang tertunggak.Berbalik dengan post saya hari ini.Wanita,tudung dan tudung saji..

  "Apa kaitan tudung saji pula nie??"

Mungkin ada yang berkata begini.Sebenarnya peristiwa ini telah lama berlaku tetapi baru hari ini saya berpeluang untuk berkongsinya.Semuanya berlaku pada suatu petang yang nyaman semasa saya sedang berada di dapur untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah yang tertangguh.Tiba-tiba adik lelaki saya datang dan bertanya..

  "Kak,kenapa perempuan kena suruh pakai tudung dan tutup aurat?"

Saya yang pada ketika itu dengan fikiran yang melayang entah kemana menjawab dengan selamba..

  "Sebab Islam dah suruh macam tu."

Mungkin tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan itu adik saya bertanya lagi..

  "Tidak..Cuba kakak fikir betul-betul.Saya memang tahu la yang Islam suruh macam tu tapi kenapa?"

Saya yang agak sibuk pada masa itu sekali lagi menjawab dengan selamba..

  "Adik fikirlah sendiri.."

Ish..Ish..Ish..Memang memalukan sikap saya yang macam nie.Membiarkan adik saya terpinga-pinga..

  "Kakak cuba umpamakan perempuan macam makanan,tudung macam tudung saji dan lelaki macam lalat.Makanan kalau elok ditutup dengan tudung saji mesti lalat tak dapat hinggap.Tapi kalau dibiarkan macam tu sahaja senang-senang ja lalat nak hinggap.Tak lama basi la.Sebab tu Islam suruh perempuan pakai tudung dan tutup aurat elok-elok untuk elakkan dari anasir-anasir jahat dan untuk jaga maruah diri."

Saya terhenti melakukan kerja-kerja rumah dan memandang adik saya.Dia hanya tersenyum dan berlalu masuk..مع السلامة..^_^
Do You Love Hijab??Yes Or No?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...