Sunday, August 4, 2013

~Ibarat Bunga.Tidak Disiram Layulah Ia~

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar anda semua hari ini?Hendaknya sihat walafiat dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.Sekarang kita sudah pun berada di hari-hari penghujung ramadhan.
I'm gonna miss u RAMADHAN:'(

Hari ini 04 ogos bersamaan 26 Ramadhan.Genap 25 hari umat islam berpuasa.Bercakap tentang puasa dan ramadhan kedua-dua benda ini merupakan pendidik kepada nafsu.Dengan berpuasa kita menahan berbagai jenis nafsu terutamanya nafsu makan.Manakala bulan ramadhan pula dikenali sebagai bulan mendidik nafsu kerana pada bulan ini semua syaitan dibelenggu meninggalkan nafsu sendirian.Terpulang dengan diri individu itu sendiri sama ada ingin mendidik nafsunya ataupun tidak.
Jom banteras sifat-sifat mazmumah!!
Seperti yang kita sedia maklum kaum wanita la yang mempunyai nafsu yang pelbagai.Kaum wanita nafsunya 9 akalnya pula cuma 1 sebab itu kaum wanita mesti dipimpin oleh lelaki agar setiap tindakannya terkawal.Wanita yang sudah ada kesedaran Islam pun susah untuk dididik apalagi wanita yang langsung tidak peduli tentang agama.Wanita bila didakwah memang cepat berubah dari segi fizikal.Mudah untuk pakai tudung.Tapi untuk didik nafsu yang 9 itu yang payah.Nafsu yang sudah dididik pun masih jahat lagi.Buktinya biarpun sudah bertudung dan menutup aurat tapi masih lagi boleh cakap kasar,mengumpat,hasad dengki,cinta dunia dan lain-lain kejahatan nafsu.Tapi bila nafsu diingatkan dengan akhirat,ditarbiyah maka kendur sekejap.
Don't let NAFSU conquer urself>_<
Tapi itu tidak kekal.Tidak lama selepas itu nafsu mendesak tuan lagi.Ibarat bunga yang mudah benar layu.Oleh itu,kaum wanita jangan ambil mudah dengan nafsu.Kenalah tarbiyah diri selalu,bermujahadah agar sifat-sifat keji yang didatangkan oleh nafsu itu Allah hindarkan dari kita..InshaAllah..Tapi semuanya bergantung dengan diri sendiri untuk berusaha melawan kehendak nafsu itu..
مع السلامة..^_^
InshaAllah..Let's pray for it^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...